Bilik Alat Pandang Dengar (APD) lengkap untuk digunakan sebagai tempat aktiviti pembelajaran selain kelas pelajar.Dilengkapi dengan kemudahan LCD dan sistem bunyi yang boleh digunakan oleh guru-guru yang menggunakan BBM untuk mengendalikan sesi PDP.
PERATURAN PENGGUNAAN BILIK APD
Disiplin
- Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
- Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.
- Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan Bilik Audio Visual.
Bahan-Bahan Bilik Audio Visual
- Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
- Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
Pakaian
- Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
- Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.