1987
Sekolah Menengah Kebangsaan Balung (SMK Balung) mula diwujudkan pada bulan Januari 1987.Pada masa itu, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah Gred C.
Tujuan penubuhan sekolah ini pada masa itu adalah untuk menampung bilangan pelajar layak memasuki sekolah menengah yang semakin bertambah. Sekolah menengah yang sedia ada di bandar sudah tidak mencukupi.
Walau bagaimanapun sekolah ini termasuk dalam ketegori sekolah luar bandar
Sebelum perlantikan pengetua yang pertama, seorang guru Encik Mohammad Arif bin Haji Ismail telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus sekolah ini.Pada 16 Februari 1987, Encik Jimmy Cheah telah dilantik dengan rasminya sebagai pengetua SMK Balung yang pertama.
SMK Balung mula beroperasi dengan meminjam bangunan SK Balung. Sebilangan kecil guru-guru SMK Balung terpaksa berkongsi rumah dengan guru-guru SK Balung. Guru-guru yang lain terpaksa berulang-alik dari sekolah ke bandar Tawau
1988
Dua buah blok bangunan akademik dan dua buah rumah guru (Projek Kilat) telah didirikan kawasan SK Balung, Tawau. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah tersebut.
1989
Kumpulan pertama pelajar SMK Balung menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan telah memperolehi pencapaian kelulusan 76%.
Pada tahun ini juga kerja-kerja pembinaan SMK Balung dimulakan di tapak sekolah yang ada kini.
1990
Kumpulan kedua pelajar SMK Balung menduduki peperiksaan PMR dan berjaya memperoleh kelulusan 87%. Keputusan ini merupakan pencapaian tertinggi PMR bagi bahagian Tawau pada tahun tersebut.
Pada 30 November 1990, pengetua sekolah En. Jimmy Cheah telah meninggalkan sekolah kerana bersara awal (pilihan).
1991 ~ 1992
Sepanjang tempoh ini projek pembinaan bangunan baru SMK Balung terus dilaksanakan. Namun pembinaannya sedikit tergendala kerana pertukaran kontraktor. Walau bagaimanapun, usaha murni membina sekolah baru ini tidak dihentikan, malah terus berjalan.
1992
Pada tahun ini sejarah baru tercipta apabila bangunan sekolah baru SMK Balung siap dan boleh digunakan. Kumpulan pertama guru dan pelajar berpindah dari bangunan lama di SK Balung ke tapak SMK Balung yang baru yang ada sekarang.
TOKOH / NAMA SEKOLAH
Tiada tokoh khas yang dikaitkan dengan nama sekolah. Oleh yang demikian, nama sekolah ini diberikan berdasarkan lokasi sekolah tersebut yang terletak di kawasan Balung.
PENGASAS SEKOLAH
Rancangan untuk mewujudkan sekolah ini adalah ilham En. Amir Bek Amir Hussein iaitu Pegawai Pendidikan Daerah pada masa itu.En. Jimmy Cheah yang bertugas sebagai Penyelia Bahagian di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau telah bersetuju untuk menjadi pengetua sekolah yang pertama.