PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN 2.0) FASA 1 BAGI TAHUN 2025
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 1/2025 seperti ketetapan berikut:
Tarikh buka (KPT) : 7 Januari 2025 (Selasa)
Tarikh tutup JPPKK : 31 Januari 2025 (Jumaat)
Tarikh tutup (KPT) : 9 Februari 2025 (Ahad) (tarikh serahan permohonan
projek oleh Pusat Pengurusan Projek PPRN kepada
KPT)
Kaedah : Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui
pautan berikut: https://epprn.mohe.gov.my
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik di institusi masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://epprn.mohe.gov.my/. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pegawai kami Ts. Zulfadzly Ameer bin Abdul Halim di talian 017-6597109 atau Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda di talian 012-9537447.
Kerjasama dan sokongan pihak YBrs.Ts./Dr./tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.