TARIKH: 22 & 23 JANUARI 2024 (MAKMAL HYPERMEDIA 2 JTMK PUO)
Kursus ini di adakan dengan kerjasama di antara UPIK PUO dan JTMK bagi mendedahkan warga PUO khususnya pensyarah JTMK tentang kaedah dan strategi bagi menjalankan penyelidikan, dan menghasilkan penulisan ilmiah dari hasil kajian. Kursus ini telah di jalankan selama dua hari melibatkan 23 orang pensyarah . Penceramah bagi program ini ialah Ts. Dr. Azuin binti Ramli dan Dr.-Ing. Rosmawati binti Mat Jihin.
TARIKH: 07 MAC 2024 (BILIK PREMIER 1 ULPL)
Bengkel ini di adakan bagi mendedahkan staf PUO tentang kaedah dan strategi bagi membangunkan portal web jurnal menggunakan open-source software OJS. Ini bertujuan bagi penambahbaikan portal jurnal PUO sedia ada supaya menjadi lebih efisyen dan kearah jurnal berindeks Scopus. Kursus ini di jalankan selama satu hari yang melibatkan 10 orang pensyarah dari UPIK termasuk 3 staf dari Unit Teknologi Maklumat. Penceramah bagi program ini ialah Dr. Muhammad Razuan dan Encik Syahril dari Kolej Komuniti Pasir Salak.
TARIKH: 24 APRIL 2024 (ONLINE - GOOGLE MEETS)
Webinar kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan yang lebih jelas tentang kaedah dan konsep yang digunakan untuk menjalankan kajian saintifik dalam bidang sains sosial. Pengetahuan ini akan dapat membantu penyelidik merancang, melaksanakan, dan menganalisis penyelidikan dengan cara yang lebih bersistematik dan berstruktur. Kursus ini penting kepada penyelidik bagi pembangunan profesionalisme, peningkatan kecekapan, dan sumbangan kepada pengetahuan dalam bidang yang dinyatakan. Penceramah bagi kursus ini ialah YBhg. Prof Dr. Norzaidi Haji Mohd Daud daripada UITM Shah Alam. Beliau merupakan seorang pakar yang sangat aktif menyumbang dalam pelbagai projek penyelidikan dalam dan luar negara. Webinar ini telah disertai oleh lebih kurang 220 peserta dari PUO serta institusi luar.
*Pautan kepada recording webinar https://drive.google.com/file/d/1bIwr_rfOP74n5D8T3et-Aw1M7yh-w_5v/view?usp=sharing
*Pautan nota webinar https://drive.google.com/file/d/1JEJJfTkHLb41wbuvgZwW0haL6NXkCoGa/view?usp=sharing