Pelajar Islam adalah diwajibkan menutup aurat mengikut syarak.
Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan sopan.
Semua jenis pakaian hendaklah tidak mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan.
Kad Pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam kampus.
Pelajar yang tidak mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM50.00 mengikut Kaedah baru 26A.
Pelajar Politeknik Malaysia tertakluk kepada Akta Institusi - Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, Pindaan 1997 (Akta 174).
Selanjutnya AKTA 174
Kenderaan bermotor persendirian boleh digunakan di dalam kampus setelah didaftar dan mendapat kelulusan daripada pihak politeknik.
Semua kenderaan bermotor yang digunakan untuk keluar masuk kampus mestilah mempamerkan pelekat (sticker) sebelah kiri kenderaan yang dikeluarkan oleh politeknik.
Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dalam kampus dan disusun dengan teratur. Pelajar tidak dibenarkan meletak kenderaan mereka di tempat yang dikhaskan untuk pensyarah/kakitangan politeknik.
Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan denda terus tidak lebih RM100.00 sebagai ganti tindakan tatatertib.
Pelajar hendaklah mematuhi arahan papan tanda jalan/ pandu arah lalulintas serta semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa JabatanPengangkutan Jalan.
Pelajar yang menetap/menyewa di luar kawasan kampus mestilah berkelakuan baik,berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan sekeliling rumahnya.
Sebarang bunyi-bunyian seperti radio/televisyen/gitar yang dipasang/dimainkan hanya sekadar boleh didengar dalam rumah sahaja dan tidak mengganggu jiran-jiran sebelahan / sekeliling.
Kebersihan dan keselamatan harta benda adalah tanggungjawab bersama penghuni rumah tersebut.
Pelajar lelaki dan pelajar perempuan TIDAK dibenarkan tinggal serumah.
Pelajar lelaki DILARANG memasuki rumah pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Pelajar TIDAK digalakkan berkumpul di luar kawasan rumah.
Pelajar TIDAK dibenarkan mempamerkan simbol atau bendera mana- mana parti politik di kawasan rumahnya.
Pelajar juga tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Politeknik dan Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Penduduk Setempat.
Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan politeknik boleh dikenakan tindakan berikut :
Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik.
Kaedah-kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [(Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174)].