Semua pelajar PTSN adalah dilindungi dibawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.
Pelajar/waris layak membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan penghospitalan, kecacatan kekal atau kematian.
Skim Perlindungan Takaful Berkelompok adalah didaftarkan setiap satu tahun pengajian sehingga pelajar tamat pengajian dengan bayaran RM35 setahun bagi setiap pelajar.
Pelajar perlu membuat bayaran takaful pada semester 1, 3 dan 5 serta 7(jika extend).
Semua pelajar PTSN adalah layak menerima kemudahan rawatan perubatan dan kepakaran percuma di wad kelas dua (2) di hospital kerajaan sepertimana kelulusan JPA(S).33/13 (79) bertarith 11hb Mei 1985.
Pelajar perlu mengemukakan surat pengesahan untuk rawatan kepada pegawai pendaftar hospital berkaitan untuk mendapatkan kemudahan tersebut.
Politeknik TIDAK menyediakan biasiswa atau sebarang bantuan kewangan. Walaubagaimanapun pelajar boleh memohon biasiswa/bantuan kewangan melalui politeknik atau memohon sendiri daripada mana-mana penaja.
Pelajar bertanggungjawab menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.
Pelajar dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan maklumat dan seterusnya (jika layak) memohon biasiswa/pinjaman dari PTPTN, KPT, JPA,Yayasan Negeri masing-masing dan lain-lain badan/agensi berkaitan.
Politeknik akan membantu dan memberi kerjasama kepada pelajar untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman dari mana-mana pihak kerajaan ataun bukan badan kerajaan.