Penyertaan terbuka kepada semua Jabatan & Agensi Berkanun Persekutuan di Negeri Sabah;
Pembentukan setiap pasukan adalah untuk mewakili Ibu Pejabat Jabatan & Agensi Berkanun di Negeri Sabah sahaja;
Satu (1) pasukan terdiri daripada satu (1) Jabatan/ Agensi sahaja;
Jabatan/ Agensi kecil boleh bergabung dengan Jabatan/ Agensi lain untuk membentuk Pasukan Gabungan mewakili satu (1) Jabatan/ Agensi sahaja tertakluk kepada persetujuan Jabatan/ Agensi masing-masing;
Penyertaan dibuka menggunakan first-come, first-served basis sebelum tarikh tutup yang ditetapkan bagi setiap sukan yang dipertandingkan untuk proses tapisan. Semua penyertaan yang diterima akan melalui proses pemilihan di peringkat Jawatankuasa Penganjur sebelum disahkan secara rasmi untuk menyertai kejohanan;
Borang Penyertaan WAJIB disertakan bersama Surat Akuan Pelepasan Tanggungjawab bagi setiap pemain (lampiran contoh seperti di Borang Penyertaan);
Borang penyertaan yang TIDAK LENGKAP atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan akan DITOLAK dan tidak akan dipertimbangkan untuk proses pemilihan;
Selepas tarikh penyertaan ditutup, Jawatankuasa Penganjur akan memaklumkan kepada pasukan yang layak menyertai dan akan memperincikan kumpulan pasukan yang akan bertanding melalui Jadual Pertandingan mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebarang pertukaran peserta TIDAK DIBENARKAN selepas tarikh penyertaan ditutup dan borang penyertaan diterima oleh pihak penganjur;
Pasukan yang layak bertanding WAJIB membuat pembayaran yuran penyertaan dalam tempoh dua (2) hari selepas menerima makluman rasmi daripada Jawatankuasa Penganjur. Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan penyertaan pasukan dibatalkan;
Bagi acara sukan yang terbuka kepada kategori pemain veteran (rujuk Peraturan Sukan yang dipertandingkan), setiap pasukan WAJIB menghantar wakil daripada kalangan pemain lelaki atau wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas sebagai syarat kelayakan. Pasukan yang tidak memenuhi kriteria umur TIDAK LAYAK untuk mewakili pasukan dalam kategori veteran;
Hanya pemain lantikan tetap sahaja yang layak menyertai sukan yang dipertandingkan KECUALI sukan E-sports. Setiap peserta perlu mengemukakan salinan pengesahan lantikan melalui sistem HRMIS (lampiran contoh seperti di Borang Penyertaan); dan
Setiap pasukan DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan dan keperluan setiap sukan sendiri. Penentuan spesifikasi peralatan dan keperluan peralatan setiap sukan akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dalam Peraturan Am Pertandingan setiap Sukan.