Kejohanan Sukan Dwitahunan Jabatan Persekutuan Negeri Sabah (Piala Setiausaha Persekutuan Sabah Tahun 2025)
Buat julung kalinya, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah akan menganjurkan Kejohanan Sukan Dwitahunan Jabatan Persekutuan Negeri Sabah (Piala Setiausaha Persekutuan Sabah Tahun 2025).
Acara kejohanan ini akan diadakan secara dwitahunan (dua tahun sekali) dan edisi sulungnya akan bermula pada tahun 2025. Sebanyak enam (6) acara kejohanan sukan akan berlangsung bermula pada bulan Jun hingga Ogos 2025.
Ayuh kita semarakkan budaya keseronokan dalam berkerja, memupuk semangat perpaduan, dan raikan gaya hidup sihat bersama-sama rakan penjawat awam dari seluruh negeri Sabah dengan menyertai acara kejohanan sukan yang dipertandingkan!
*sila rujuk Syarat Am Pertandingan untuk maklumat lanjut.