NEGARAWAN eDOLAKU
NEGARAWAN eDOLAKU
1. Penyertaan:
- Terbuka kepada seluruh Pelajar Politeknik Seberang Perai.
- Peserta hanya boleh menghantar satu poster sahaja.
- Tempoh Penyertaan : 5 - 13 September 2022 (sebelum jam 12.00 tengahari)
- Tema: Tiru Gaya Negarawan Malaysia.
- Poster mestilah mengikut syarat berikut :
a) Mengenakan gaya dan pakaian seperti negarawan yang digambarkan.
b) Setiap penyertaan perlu disertakan bersama gambar negarawan yang digayakan.
c) Peserta perlu menerangkan sedikit latar belakang NEGARAWAN yang dipilih (tidak lebih daripada 80 patah perkataan.
d) Menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
e) Bebas untuk menggunakan tools atau aplikasi yang sesuai (Canva, Piktochart, Visme, Genial.ly etc).
f) Hak cipta asli dan sendiri.
g) Format PDF.
h) Portrait/ landscape orientation layout.
i) Hantar poster secara Salinan lembut (soft copy) melalui borang penyertaan.
- Dengan menghantar hasil karya untuk penyertaan pertandingan, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan.
2. Penilaian:
- Hanya tiga penyertaan terbaik akan dipilih bagi mendapat hadiah daripada pihak
penganjur.
- Penilaian dilakukan oleh pihak penganjur dan keputusan juri adalah muktamad.
3. Komponen yang dinilai:
- Idola yang dipilih adalah negarawan yang mengharumkan nama Malaysia.
- Penggayaan dan pakaian yang dikenakan mirip negarawan idola yang dipilih.
- Kreativiti prop dan latar belakang yang bersesuaian mengikut negarawan idola yang dipilih.
4. Hak Mengguna
- Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai.
- Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
Sebarang kemusykilan, bolehlah berhubung dengan Puan Siti Norhazlina Binti Shafie (0194585907) atau Puan Sara Afifah binti Abu Bakar (0162610923).
CONTOH POSTER