Pelajar yang ingin membuat rayuan ke atas keputusan penilaiannya atau penyemakan semula skrip jawapan sesuatu kursus boleh berbuat demikian secara bertulis kepada Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan.
Pelajar akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap rayuan yang dikemukakan atau RM25.00 bagi setiap kursus dan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama “PENGARAH POLITEKNIK” yang berkenaan.
TATACARA DAN BORANG PERMOHONAN RAYUAN KEPUTUSAN