Garis Panduan Pemindahan Kredit dan Pengecualian Kursus (Credit Transfer and Course Exemption, CTCE) Politeknik dan Kolej Komuniti ini berkuatkuasa mulai Sesi Jun 2020 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Pengurusan Akademik pada 13 Jun 2019 untuk digunakan oleh semua Politeknik dan Kolej Komuniti.
KATEGORI PERMOHONAN CTCE
(PINDAH KREDIT DENGAN GRED)
KES 1 :
Pelajar Tukar Program Di Politeknik Yang Sama
KES 2 :
Pelajar Tukar Politeknik Dengan Program Yang Sama
KES 3 :
Pelajar Tukar Politeknik Dengan Program Yang Lain
(PINDAH KREDIT TANPA GRED)
KES 1 :
Pindah kredit daripada Sijil ke Diploma
KES 2 :
Pindah kredit daripada Diploma ke Sarjana Muda
KES 3 :
Pindah kredit daripada Diploma Lanjutan ke Sarjana Muda
SYARAT UMUM CTCE
Gred lulus minimum kursus terlibat yang boleh dipindah kredit ialah C.
Kesetaraan antara kandungan kursus mestilah tidak kurang daripada 80%.
Nilai Kredit Kursus bagi program terdahulu mestilah sama atau lebih daripada nilai kredit kursus bagi program yang diikuti di PPT penerima.
Kursus yang dimohon untuk dipindahkan kredit mestila daripada program pengajian yang telah mendapat Perakuan Akreditasi daripada MQA.
TATACARA PERMOHONAN CTCE
Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga minggu pertama sesi pengajian.
BORANG PERMOHONAN CTCE