Muat turun Gantt Chart dan Senarai Semak Dokumen
Struktur Latihan Industri (LI)
LI merupakan salah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program pengajian di peringkat pengajian tinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, elemen LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan oleh pelajar dengan menggabungkan pembelajaran akademik dan aplikasi pembelajaran sebenar di tempat kerja. Struktur LI berasaskan kepada dua komponen iaitu Orientasi Industri dan Latihan Industri
Rajah 1: Struktur Latihan Industri (LI)
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (Edisi 2022), m/s 4