Muat turun Gantt Chart dan Senarai Semak Dokumen
Kepentingan Latihan Industri (LI)
Pelajar perlu memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri sebagai usaha dan strategi bagi memperkasa kualiti graduan politeknik dalam pasaran pekerjaan global yang kompetetif. Justeru, LI merupakan pendedahan latihan yang dijalankan berteraskan konsep pembelajaran melalui amalan mempraktikkan teori dan konsep akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang sebenar.
1. Institusi:
(a) Memperluas pelaksanaan kurikulum dengan persekitaran pembelajaran sebenar di industrI;
(b) Memperluaskan akses teknologi terkini dan baharu dalam sistem pendidikan politeknik;
(c) Meningkatkan keupayaan untuk memenuhi keperluan industri dan pelajar yang pelbagai;
(d) Meningkatkan kolaborasi dan sinergi di antara politeknik, industri dan komuniti; dan
(e) Menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan sosial.
2. Pelajar:
(a) Memperluaskan pembelajaran bilik kuliah ke industri;
(b) Menetapkan hala tuju yang jelas di antara pendidikan dan kerjaya dalam sektor industri;
(c) Mewujudkan peluang untuk eksplorasi kerjaya yang optimum;
(d) Meningkatkan motivasi pelajar terhadap pendidikan yang lebih relevan;
(e) Meningkatkan kefahaman keperluan kerjaya melalui kemahiran yang diperlukan;
(f) Meningkatkan kemahiran generik di tempat kerja seperti komunikasi, kerja berpasukan dan perancangan projek;
(g) Mendapat pendedahan kepada etika kerja profesional di tempat kerja; dan
(h) Meningkatkan jaringan profesional untuk kerjaya dan masa hadapan.
3. Industri:
(a) Menjalinkan perhubungan kerjasama di antara industri dan institusi pendidikan;
(b) Menjimatkan tempoh latihan mengasah bakat tenaga kerja baru;
(c) Menjana dan memindahkan kepakaran kepada generasi baharu;
(d) Menggalakkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum;
(e) Menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat;
(f) Menyumbang kemajuan negara dalam sektor industri;
(g) Membantu mempromosi dan meningkatkan imej industri melalui penyertaan dan pembinaan komuniti; dan
(h) Mendapat feadah pelepasan cukai berganda (double tax deduction) melalui pelaksanaan Structured Internship Program (SIP) di bawah inisiatif Talent Corp Malaysia.
Rujukan: Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi (Edisi 2022), m/s 6