Please Follow our FB Page
Fokus Karnival ComSciTic STEM Adventure 2026 adalah penganjuran BrainSTEM Challenge, pameran STEM & MySTEMPro. "BrainSTEM Challenge, iaitu satu pertandingan berbentuk kuiz yang mencabar pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam bidang STEM. Melalui pendekatan permainan berasaskan kuiz, pelajar didedahkan kepada soalan-soalan yang menguji kefahaman konsep sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara menyeronokkan dan interaktif secara dalam talian (online).
Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemai minat pelajar terhadap STEM, malah membina keyakinan diri dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta. Selaras dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, inisiatif ini juga menyokong pembangunan pendidikan yang inklusif dan menyeluruh.
Sasaran pameran STEM kali ini adalah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Daerah Muallim Perak. Pelajar-pelajar yang hadir akan didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini daripada pelbagai bidang antaranya bidang kejuruteraan awam, mekanikal, elektrik, sains dan keusahawanan selain menekankan STEM secara keseluruhan.
MySTEMPro pula adalah pertandingan Mini Project STEM Challenge tahun 2026, MySTEMPro’26 adalah program yang mengetengahan unsur Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program MySTEMPro 2026 memerlukan peserta untuk mencipta satu projek mini iaitu kincir air. Kincir air ini mempunyai kepelbagaian fungsi antaranya kebolehan bergerak laju. Kincir air juga akan dijuri dari segi kreativiti pembinaan, kelajuan, kepelbagaian fungsi dam kepantasan bergerak. Semua peserta yang menyertai program ini menyertai perlumbaan, dan kincir air yang paling menarik akan diangkat menjadi juara. Peserta program ini adalah pelajar politeknik yang mengambil kursus DBS10012 (Engineering Science).
Program ini dianjurkan bagi mencapai objektif berikut :
Memperkenalkan dan menyebarluaskan Pusat Tujahan STEM JMSK PSAS kepada komuniti setempat/luar.
Memupuk minat peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah dan pelajar pengajian tinggi dalam mendekati bidang STEM.
Menggalakkan pelajar di Malaysia amnya menggunakan media sosial ke arah penggunaan yang lebih bermoral.
Menggalakkan pelajar-pelajar Malaysia menggarap idea kreatif dalam mengaplikasi sains dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan Kemahiran kompetensi melalui Kursus Microsoft Office Specialist (Excel) & Pembinaan Apps menggunakan Glide.