INFO PROGRAM COMSCITIC STEM 2026
Please Follow our FB Page
INFO PROGRAM COMSCITIC STEM 2026
Program ComSciTic STEM Adventure 2026 meneruskan cabaran minda pelajar-pelajar peringkat ipta/ipts dalam Brainstem Battle 2.0. Ia adalah satu pertandingan berbentuk kuiz yang mencabar pengetahuan dan kecekapan pelajar dalam bidang STEM. Melalui pendekatan permainan berasaskan kuiz, pelajar didedahkan kepada soalan-soalan yang menguji kefahaman konsep sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik secara menyeronokkan dan interaktif.
SYARAT PERTANDINGAN
Peserta mestilah berumur 18 - 21 tahun mengikut kategori di bawah:
Penyertaan pertandingan terdiri daripada:
Pelajar POLYCC (Politeknik & Kolej Komuniti)
Pelajar IPTA / IPTS (Matrikulasi/Institusi Kemahiran/Kolej/Universiti)
Penyertaan adalah secara individu dengan bayaran penyertaan adalah RM5.00/penyertaan.
Bayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun seperti berikut:
Nama Akaun : TETUAN KELAB JMSK PSAS
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No Akaun : 08068010044127
(Tuliskan pada ruang rujukan 'Brainstem & IC/MyKID peserta' dan muatnaik bukti bayaran di dalam link pendaftaran yang disediakan)
Peserta yang telah mendaftar tetapi gagal menyertai pertandingan pada tarikh yang ditetapkan tidak boleh menuntut kembali yuran pendaftaran.
Peserta yang berdaftar secara lengkap dan mengikut syarat sahaja layak menyertai kuiz ‘BrainSTEM Battle’.
MAKLUMAT PERTANDINGAN
Pertandingan ini dilaksanakan menggunakan aplikasi online 'Google Form'. Peserta WAJIB mempunyai akaun gmail semasa pendaftaran bagi menyertai pertandingan.
TARIKH-TARIKH PENTING:
Pendaftaran : Bermula 27/7/2026 Sehingga 10 September 2026 sebelum 5.00 petang
Pemberian ID : 11 September 2026
Pertandingan : 12 September 2026
Keputusan Rasmi : 18 September 2026
Peserta akan diberikan Identification (ID) untuk digunakan semasa pertandingan. Peserta yang berdaftar akan dimasukkan di dalam satu kumpulan Whatsapp yang dibangunkan oleh penganjur untuk pemberian link pertandingan.
Soalan adalah berbentuk objektif dan subjektif.
Pertandingan akan bermula pada jam 10:00 pagi dan akan di TUTUP pada jam 12:00 tengahari pada 12 September 2026.
Peruntukan masa menjawab adalah 2 jam. Peserta dinasihatkan untuk menyertai pertandingan pada masa yang ditetapkan agar tempoh masa yang diberikan mencukupi.
Pemarkahan tertinggi dengan jawapan yang tepat dan paling awal dihantar akan dikira sebagai pemenang.
1 sijil penyeliaan akan diberi kepada pensyarah/tenaga pengajar yang menghantar lebih daripada 5 penyertaan.
HADIAH PEMENANG:
Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah markah dan kepantasan menjawab. Nama pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi penganjur iaitu JMSK, PSAS
Hadiah berjumlah RM500 untuk direbuti!! Jangan lepaskan peluang.
e-sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap penyertaan melalui email.
Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
KLIK BUTTON DI BAWAH ATAU SCAN QR UNTUK MENERUSKAN PENDAFTARAN👇
SCAN ME