Pusat Bertauliah Cawangan (PBCa) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) adalah sebuah pusat bertauliah (PB) di bawah Pusat Bertauliah Induk Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan merupakan agensi yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga kepada penganugerahan suatu Sijil.
Pusat Bertauliah bererti penyedia latihan kemahiran, samada institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh JPK untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.
NOSS adalah singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.