LAWATAN PANEL PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN (PPPPK) KE PUSAT BERTAULIAH CAWANGAN , JPPKK BAGI PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM BERTEMPAT DI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Lawatan ini telah diselaraskan oleh Bahagian Kurikulum dan dilaksanakan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) pada 8 Ogos 2023 yang melibatkan 2 program iaitu Program Pematuhan Hijau dan Program Pelukisan Pelan Mekanikal.
Bersama dengan PSA adalah Pusat Bertauliah Cawangan PUO, PSIS dan PSAS (secara dalam talian) bagi program Pematuhan Hijau. Program ini diketuai oleh Pengerusi Panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu Dr Nor Salwa binti Hamdan dan dibantu oleh panel daripada industri iaitu Panel Program Pematuhan Hijau - En Muhamad Muhtazam bin Noor Din dan Panel Program Pelukisan Pelan Mekanikal - En Wan Hussin bin Wan Ahmad.
Turut hadir bersama di PSA adalah wakil daripada Bahagian Kurikulum iaitu Cik Nurfadzlina binti Jamaluddin. PSA diwakili oleh Puan Zarinah binti Zaini, Penyelaras Pusat Bertauliah , Puan Zuraidah binti Ab Moin, pegawai di Pusat Bertauliah, 3 orang Pegawai Penilai Program Pematuhan Hijau ( Pn Rodzaida, Pn Suria dan Pn Rahida dari Jabatan Perdagangan) dan 3 orang Pegawai Penilai Pelukisan Pelan Mekanikal (Pn Nurazlinda, En Mohd Nasir dan En Brian daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal) Lawatan PPPPK ini bertujuan untuk membuat penentusahan maklumat kurikulum, personel dan kemudahan fizikal (keperluan 11 perkara) yang disediakan di Pusat Bertauliah bagi tujuan pelaksanaan program.
Berdasarkan makluman awal daripada mesyuarat penutup sesi lawatan, Program Pematuhan Hijau di 4 Politeknik yang terlibat (PSA, PUO, PSIS dan PSIS) dan Program Pelukisan Pelan Mekanikal disyorkan oleh PPPPK untuk kelulusan JPK di dalam Mesyuarat Teknikal yang akan berlangsung pada 14/8/2023.
Tahniah kepada team Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , team Jabatan Perdagangan yang telah bertungkus lumus menyediakan dokumen serta terlibat secara langsung sepanjang sesi lawatan PPPPK. Tidak dilupakan juga team ICT yang membantu Pusat Bertauliah untuk menyediakan lokasi bilik mesyuarat LPL bagi proses lawatan secara dalam talian bersama PUO, PSIS dan PSAS.
Terima kasih yang tidak terhingga juga atas sokongan Puan Rohana binti Sahak, Ketua Pusat Kecemerlangan Insaniah selaku wakil Pengarah PSA yang telah menyempurnakan mesyuarat pembukaan dan penutup sesi lawatan PPPPK.