CORPORATE INDUSTRIAL SERVICES & EMPLOYABILITY CENTRE (CISEC) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) merupakan sebuah pusat yang berperanan penting dalam menjalin hubungan strategik antara institusi dan industri. CISEC berfungsi sebagai pemudah cara utama dalam memastikan graduan POLISAS mendapat pendedahan dunia pekerjaan sebenar serta peluang penempatan kerjaya yang lebih luas.
CISEC memainkan peranan dalam merancang, melaksana dan menyelaras program berkaitan kebolehpasaran graduan, latihan industri, kolaborasi industri, pembangunan kerjaya serta penempatan kerja. Selain itu, CISEC turut bertanggungjawab dalam mengurus dokumentasi rasmi kolaborasi bersama pihak industri dan agensi luar seperti MoU, MoA dan NoU.
Melalui pelaksanaan aktiviti seperti CEO@POLYCC, Jawatankuasa Penasihat Industri (IAC), Focus Group Dialogue, Tracer Study, dan Finishing School, CISEC komited untuk memperkukuh hubungan industri serta memastikan graduan memiliki kemahiran dan kecekapan yang selari dengan keperluan pasaran kerja semasa.
CISEC juga berperanan sebagai penasihat kepada pihak industri dalam mengenal pasti keperluan sumber manusia, latihan dan program pembangunan kemahiran teknikal, serta menyokong aspirasi kebangsaan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.
a) Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Merancang, mengurus dan memudah cara jaringan dan kolaborasi di antara institusi dan industri.
c) Merancang, mengurus dan melaporkan KPI Kolaborasi Berimpak Tinggi / Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri / Focus Group Dialogue / CEO@POLYCC.
d) Merancang penyediaan dokumen kolaborasi MoU / MoA / NoU / LoI dan lain-lain di peringkat institusi.
e) Memberi khidmat nasihat dengan menyedia perkhidmatan dan maklum balas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
f) Merancang, mengurus dan melaksana program kerjaya dan kebolehdapatan kerja graduan / program intervensi serta laporan kebolehpasaran graduan di peringkat institusi.
g) Merancang dan mengurus pelaksanaan aktiviti kebolehpasaran graduan (1L5G / Tracer Study / Finishing School dan sebagainya).
h) Merancang, menetapkan dan melaksana segala urusan perolehan dan perbelanjaan kewangan CISEC.
i) Melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh Pengarah institusi dari semasa ke semasa.