Persatuan Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim di antara Politeknik dan graduan dalam usaha memajukan warga POLISAS serta komuniti setempat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing dalam era teknologi dan globalisasi kini.
Persatuan ini telah ditubuhkan pada 31 Oktober 2007 oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada para pensyarah POLISAS yang juga bekas pelajar politeknik. Persatuan ini telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pertubuhan 1966 dengan nama Persatuan Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 13 Februari 2008.
Berpaksikan sokongan jitu daripada pihak pentadbiran POLISAS, diharap persatuan ini mampu memberi sumbangan impak tinggi dan menjalin kerjasama erat dalam usaha meningkatkan kemajuan Politeknik selaras dengan matlamat jalinan kolaborasi dan hubungan silaturrahim di antara bekas pelajar-pelajar POLISAS.Â
LINK : http://ipads.promap.my