Piagam Pelanggan
Kami beriltizam dan berjanji akan :
Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dengan pantas dan cekap
Memastikan koleksi perpustakaan berkualiti dan terkini mengikut peruntukan yang disediakan
Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan tepat di dalam memenuhi kehendak pelanggan
Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali bahan
Menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan kami dapat dipenuhi