Pengenalan

Perpustakaan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) telah ditubuhkan pada tahun 1984  dan ia telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah,  Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Perpustakaan ini telah diwujudkan untuk kemudahan para pelajar  POLIMAS membuat rujukan terhadap bidang akademik yang diikuti.

Perpustakaan terletak di kawasan yang strategik serta berdekatan dengan bilik kuliah dan kelas pengajian. Bangunan perpustakaan mempunyai 2 aras dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta dapat menampung 500 orang pengguna pada satu masa.