(Sila klik pada pautan penyertaan untuk akses kepada borang penyertaan aktiviti)
Program seminar Kenegaraan Madani ini diadakan bagi memperkasakan peranan warganegara dalam membentuk masyarakat yang progresif di PKS.
Program bagi menganjurkan pameran dan townhall Kepimpinan Pelajar PKS untuk memperkasa kemahiran kepimpinan serta membincangkan isu-isu semasa di kalangan pelajar PKS.
Program bagi menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar PKS yang tidak pulang semasa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri .
Program bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selain menjadi medium untuk memupuk semangat patriotisme disamping integrasi nasional di kalangan pelajar PKS.
Majlis Suai Kenal diadakan untuk memperkenalkan dan membina hubungan di kalangan warga PKS dalam sesuatu komuniti, organisasi, atau institusi.
Program bina pasukan/teambuilding JPP di samping pemilihan ahli Sekretariat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk sesi I 2024/2025.
Program ini untuk mendalami, memahami, dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan pelajar dan warga PKS.
Program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan kesihatan dalam kalangan warga PKS.
Program ini adalah untuk membantu golongan yang memerlukan serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar dan masyarakat.
Perpustakaan Seri Kenyalang / Dewan Jubli Perak PKS
Pemilihan MPP tahunan ini telah berjaya mencatatkan pengundian oleh pelajar PKS sebanyak 88.84%. Penghargaan dan terima kasih kepada yang telah mengundi serta tahniah kepada semua calon yang telah menang bertanding!
Bilik Gerakan MPP PKS
Program pemantapan kepimpinan dan bina pasukan MPP yang telah dipilih menerusi PRK telah dijalankan sebagai persiapan untuk calon-calon yang telah menang PRK untuk menggalas tugas/tanggungjawab sebagai MPP untuk tahun 2024.
Dewan Jubli Perak PKS
Politeknik Kuching Sarawak telah menjadi tuan rumah untuk program PolyCC Berambeh sempena Jelajah Jerayawara Semarak Kampus Madani 2024. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menjadi tetamu utama untuk program tersebut. Turut hadir sama ialah Ybhg Dato' Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Ybrs. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah Politeknik Kuching Sarawak serta YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hata bin Rasit, Naib Canselor, UNIMAS.
Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Taiping, Perak
Program ini merupakan perjumpaan pertama di antara pihak pengurusan JPPKK dan juga YDP-YDP Majlis Perwakilan Pelajar/Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara yang baru dilantik untuk tahun 2024. Saudara Fabian Stanny Talit Ak. Sumbang @Kilau selaku YDP MPP PKS telah mewakili PKS ke program ini.
Auditorium Pustaka Negeri Sarawak
Program ini bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan inisiatif Kerajaan Sarawak. Dua ceramah iaitu Stratergi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2023 dan Signifikan Tenaga Hijau di negeri Sarawak telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz Ali daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak dan Encik Mohamad Irwan Aman, Pengurus Besar Kelestarian Sarawak Energy Berhad (SEB).
Student Business Centre/Kafetria, PKS
Program ini menyediakan platform untuk pelajar mempraktikan ilmu keusahawanan disamping menjana pendapatan sampingan.
Raia Hotel & Convention Centre Kuching
Program ini menyediakan satu ruang bagi para peserta berdialog dan menyatakan pendapat kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak sekaligus menjadikan program ini sebagai satu platform untuk memperkenalkan Sarawak Volunteers kepada siswa-siswi serta NGO tempatan dan melihat potensi kerjasama untuk aktiviti akan datang kelak.
Kafeteria PKS
MPP menyantuni kebajikan pelajar-pelajar yang tidak balik untuk cuti pertengahan semester /cuti Hari Raya.
Kafeteria PKS
Program ramah tamah Hari Raya Aidilfitri bersama pelajar PKS di samping penganjuran pertandingan-pertandingan menarik seperti Gerai Potluck Terbaik, Busana Raya Terbaik (Raya King & Queen) dan TikTok Challenge #TerpalingRayaPKS.
Kampung Suba Bau, Bau
Program Pemantapan Sahsiah Pelajar Bukan Muslim merupakan inisiatif untuk memperkukuh pembangunan peribadi dan kepimpinan dalam kalangan pelajar bukan Muslim. Ia berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, nilai-nilai moral, dan kesedaran budaya.
Dewan Kuliah 1 PKS / Padang PKS
Program pemantapan kepimpinan badan pelajar PKS selain platform komunikasi/perhubungan untuk sebarang penyelarasan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pelajar PKS dan aduan/isu berkaitan pelajar PKS.
Terima kasih kepada semua warga PKS yang telah bersama-sama menjayakan program MPP PKS!