Semua pelajar PKS adalah dialu-alukan untuk menyampaikan sebarang aduan / maklum balas berkaitan kebajikan pelajar, perkhidmatan (sama ada akademik & sokongan akademik), fasiliti/kemudahan di PKS dengan mengimbas kod QR atau klik/tekan kod QR tersebut dan mengisi Google Form yang dihalakan.
Maklum balas yang diterima akan dipanjangkan kepada pihak Pengurusan PKS untuk tindakan lanjut. Pelajar akan dihubungi semula oleh pihak JPP PKS berhubung penjelasan dan penyelesaian aduan yang berkaitan.
Pelajar-pelajar juga boleh hadir ke pejabat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada waktu operasi pejabat JPP atau menghubungi secara terus Exco-exco JPP yang berkaitan.