PENGENALAN
Penganjuran wacana ini merupakan kesinambungan daripada Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu yang telah dianjurkan pada tahun 2024 terutama berkaitan pengkomersialan produk herba berasaskan sumber maklumat daripada naskhah manuskrip Melayu, perubatan integratif (gabungan kaedah perubatan tradisional dan perubatan moden untuk merawat pesakit) dan penonjolan kepelbagaian ilmu perubatan silang budaya.
Wacana Manuskrip Melayu Bil.4/2025 dengan tema Kitab Tib ini juga berpotensi untuk menjadi platform penting bagi inovasi dan transformasi dalam industri perubatan tradisional Melayu dan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI serta hasrat Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam mengetengahkan hasil penyelidikan khususnya berkaitan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta menyokong usaha kerajaan dalam menetapkan perancangan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)
OBJEKTIF PROGRAM
Memperluas peranan manuskrip Kitab Tib sebagai warisan budaya dan sumber ilmu;
Memperkasa usaha PNM untuk menyemarakkan budaya akademia dan meningkatkan jumlah penyelidikan/kajian komprehensif berkaitan manuskrip Kitab Tib serta perubatan tradisional;
Menggalakkan pengeluaran produk-produk berasaskan herba hasil kajian/penyelidikan dalam bidang perubatan tradisional; dan
Mewujudkan sinergi antara PNM dengan Jabatan/Agensi/pihak industri dan pengamal perubatan bagi pemerkasaan bidang perubatan tradisional/komplementari.
TEMA DAN SUBTEMA PERSIDANGAN
Tema Wacana Manuskrip Melayu Bil.4/2025 ialah Kitab Tib: Lonjakan Inovasi dan Transformasi dalam Industri Perubatan Tradisional Melayu.
Tema ini mencerminkan inisiatif berterusan untuk mengangkat dan memartabatkan manuskrip Melayu Kitab Tib sebagai khazanah dan warisan yang amat bernilai.
Tiga sesi pembentangan dengan penekanan dan tumpuan seperti berikut:
Seputar Dunia Perubatan Tradisional Alam Melayu
Penyelidikan Perubatan Integratif: Gabungan Tradisi dan Sains
Mengubah Tradisi: Inovasi dalam Warisan Perubatan Tradisional