PENGENALAN
Pameran dan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu (PAMM) merupakan program utama (signature programme) anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1995, 2014, 2017, 2019 dan 2022 membincangkan perkembangan, penemuan dan isu-isu terkini berdasarkan kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu dalam pelbagai bidang.
PAMM 2022 bertemakan “Manuskrip Perundangan Melayu: Korpus Warisan Tempatan dan Dunia” adalah antara usaha pemartabatan dan pelestarian dokumen bertulis warisan bangsa Melayu dalam bidang undang-undang yakni manuskrip Hukum Kanun Melaka (MSS 23) koleksi PNM.
Usaha ini selaras dengan pencalonan manuskrip tersebut yang dikenal pasti mempunyai kepentingan serta signifikan serantau dan global sekali gus berpotensi memenuhi semua kriteria untuk dinobatkan sebagai UNESCO Memory of The World (MoW) International Register.
Selain itu, penganjuran PAMM 2022 diharap mampu menggalakkan usaha-usaha mengembalikan semula kegemilangan tulisan tulisan Jawi; menambah baik kandungan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) peringkat sekolah dan pengajian tinggi dalam subjek berkaitan sejarah pembentukan undang-undang dan perlembagaan negara; dan meningkatkan imej dan reputasi Malaysia di persada dunia sebagai pemilik naskhah karya agung undang-undang Melayu.
OBJEKTIF PROGRAM
Menggalakkan masyarakat menghargai manuskrip Melayu sebagai manifestasi kearifan ilmuwan Melayu Islam;
Memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan manuskrip Melayu sebagai sumber pensejarahan yang utama dan sahih;
Menyediakan platform untuk para penyelidik manuskrip Melayu dari seluruh dunia berwacana dan menjalinkan kerjasama strategik;
Memperkenalkan manuskrip Melayu sebagai produk knowledge tourism yang mampu memberi sumbangan besar dalam industri pelancongan negara; dan
Menyokong pencalonan manuskrip Hukum Kanun Melaka sebagai Warisan Dokumentari Dunia dalam program UNESCO Memory of the World.
Ucaptama:
YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar
Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
Beliau merupakan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sejak tahun 2019. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga di JKSM, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Undang-undang (LLB) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-undang (LLM) daripada University of London, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Syariah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau berpengalaman menganggotai Panel Majlis Perundingan Islam, Ahli Jawatankuasa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA. Kepakaran beliau turut diperakui dunia luar apabila dilantik sebagai Chevening Felow Pelawat Malaysia di Oxford Centre for Islamic Studies, United Kingdom pada tahun 2008/2009, Felow Pelawat di Harvard Law School, Amerika Syarikat dan berkhidmat di Universiti Harvard dari Februari hingga Mei 2013.
Prof. Dr. Muhammad Mustaqim bin Mohd Zarif
Universiti Sains Islam Malaysia
Prof. Dr. Uli Kozok
Universiti Hawaii,
Manoa, Amerika Syarikat
Datuk Prof. Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain
Universiti Malaysia Pahang
Dato' Prof. Dr. Haji Mohamed Anwar bin Omar Din
Pakar Peradaban Melayu dan Islam
Datuk Prof. Emeritus Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali
Persatuan Sejarah Malaysia
Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi bin Abdul Rahim
Universiti Malaya
Datin Prof. Dr. Mahani binti Awang@Musa
Universiti Sains Malaysia
Dr. Ibrahim bin Haji Bakar
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah
Faizal Hilmie bin Yusof
Perpustakaan Negara Malaysia
Dr. Ali bin Abubakar
Universitas Islam Negeri (UIN), Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia
Hermansyah bin M. Yahya
Universitas Islam Negeri (UIN), Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia
Achmad Zaki
Penyelidik, Indonesia
Prof. Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah
Universiti Brunei Darussalam
Prof. Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Universiti Brunei Darussalam
Prof. Dr. Haji Ishak bin Saat
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Datuk Prof. Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz
Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu, Universiti Teknologi MARA
Dr. Asma Hakimah binti Ab. Halim
Universiti Kebangsaan Malaysia
Prof. Madya Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
Universiti Putra Malaysia
Datuk Seri Prof. Dr. Awang bin Sariyan
Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Dr. Ab. Razak bin Ab. Karim
Pakar Rujuk Warkah Melayu
Prof. Madya Dr. Salmah Jan binti Noor Muhammad
Universiti Putra Malaysia
Mohd Khairulanuar bin Manshor
Institut Maritim Malaysia
Dr. Haji Ahmad Jelani bin Halimi
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Perak
Mohd Salleh Mazukhi bin Harun
Pakar Bidang Maritim
Datuk Dr. Sabirin bin Ja’afar
Institut Maritim Malaysia
Amin bin Idris
Selebriti dan Pengacara Bebas
Prof. Dr. Tatiana A. Denisova
Universiti Teknologi Malaysia
Dr. Mohd Hasanuddin bin Mohd Yusof
Pengasas Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam