Pengerusi & Pembentang
Beliau merupakan Profesor dalam bidang pengajian Islam dan manuskrip Melayu dengan fokus pada aspek filologi dan paleografi Jawi. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) dan Sarjana dalam bidang ilmu wahyu dan warisan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Doktor Falsafah dari University of Edinburgh, United Kingdom di bawah penyeliaan sejarawan terkenal William R. Roff. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan sejumlah karya akademik dalam bidang kepakarannya selain memperoleh geran penyelidikan dari dalam dan luar negara. Kepakarannya juga dirujuk oleh pelbagai pihak dan agensi yang berkepentingan seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu dan Ahli Jawatankuasa Penilaian Manuskrip Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penilai manuskrip Melayu dan pembimbing pengkatalogan manuskrip Melayu, Muzium Negara, Arkib Negara Malaysia, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan sebagainya. Beliau juga terpilih sebagai Chevening Fellow di Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS) 2020-2021 di bawah tajaan kerajaan United Kingdom
Pembentang
Dilahirkan pada 26 Mei 1959 di Hildesheim, Lower Saxony, Republik Persekutuan Jerman. Beliau merupakan Profesor di Department of Hawaiian and Indo-Pacific Languages and Literatures, University of Hawaii di Manoa, U.S.A. Beliau berkelulusan MA di University of Hamburg (1989) dan PhD dalam bahasa dan kesusasteraan Batak, Faculty of Oriental Studies, Department of Austronesian Languages and Cultures, University of Hamburg (1994). Beliau memiliki pelbagai pengalaman kerjaya, antaranya sebagai pensyarah tamu di Carl v. Ossietzky- University, Oldenburg (Germany) (1993), pensyarah di Indonesian, School of Asian Studies, Faculty of Arts, University of Auckland, New Zealand (1994-1999), pensyarah kanan di Indonesian, School of Asian Studies, Faculty of Arts, University of Auckland, New Zealand (2000-2001), Profesor Madya di Indonesian Department of Hawaiian and Indo-Pacific Languages and Literatures, College of College of Languages, Linguistics and Honorary Visiting Scholar, School of Asian Studies, University of Auckland (2005). Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Jurnal Elektronik Pengajaran Bahasa Asing (e-FLT), Singapore (2001) dan Ahli Lembaga Pengarang Jurnal Ilmiah Antarabangsa Indonesia dan Dunia Melayu, University London, UK. (1997). Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah Kitab Undang-Undang Tanjung Tanah Naskah Melayu yang Tertua (2006), Surat Batak: Sejarah Perkembangan Tulisan Batak, Berikut Pedoman Menulis Aksara Batak dan Cap Si Singamangaraja XII (2009), Utusan Damai di Kemelut Perang (2010) dan sebagainya.
Pengerusi & Pembentang
Beliau merupakan Profesor Madya di Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang serta diamanahkan sebagai Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik UMP. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kelulusan LLB (Hons). Berkelayakan sebagai seorang Peguam Syarie bagi Negeri Terengganu dan Wilayah Persekutuan selain menjawat pelbagai jawatan seperti Setiausaha Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Penasihat Undang-Undang Majlis YTM Dato’-Dato’ Undang dan YTM Tunku Besar Tampin Negeri Sembilan, Pengerusi Yayasan Tuanku Nur Zahirah dan Ahli Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu. Sehingga kini, beliau masih aktif dalam NGO dan antaranya adalah Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia, Gabungan MI'RAJ dan Persatuan Anak-anak Terengganu. Selepas memperolehi Ijazah Sarjana Falsafah (M.Phil), beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah kedoktoran di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2015. Beliau telah memenangi dua Anugerah Buku Negara pada 2018 dan 2019 dalam bidang Undang-undang Perlembagaan.
Pembentang
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1988, Sarjana (MA) di Universiti Malaya 1994 dan menyambung pengajian ke peringkat PhD di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM. Bidang kepakaran beliau adalah bidang sejarah, kebudayaan, pembinaan bangsa Malaysia dan pelancongan budaya. Beliau juga banyak menghasilkan penulisan buku dan artikel jurnal. Penyelidikan terkini ialah Sejarah Batu Bersurat Terengganu 2013-2016 dan Peranan Raja-raja Melayu dalam Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Beliau juga merupakan ahli Persatuan Pelancongan Eropah (ATLAS) dan Penang Heritage Trust (PHT). Manakala penglibatan keahlian dalam jawatankuasa peringkat jabatan, fakulti dan universiti adalah sebagai Ketua Editor Jurnal Melayu UKM (2009-2012), Ahli Jawatankuasa Penilai Permohonan Penyelidikan bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Ahli Jawatankuasa Penerbitan Jurnal Melayu (2013-2015) dan Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (2013-2015).
Pengerusi & Pembentang
Memulakan kerjaya di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera pada 1973 dan memegang jawatan pensyarah di jabatan yang sama. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1977. Pada 1985 dilantik sebagai Profesor Madya dan pada tahun yang sama dilantik sebagai Profesor sehingga bersara wajib pada tahun 2007. Walaupun telah bersara, beliau terus memberi perkhidmatan akademiknya sehingga tahun 2010 sebagai Profesor Kontrak yang pertama dengan Gred Khas B. Beliau kemudian berkhidmat sebagai Profesor Kontrak sehingga 2014, dan diberi penghargaan sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya. Antara anugerah dan pengiktirafan yang diterima beliau ialah Darjah Paduka Cura Si Manja, Ahli Setia Mahkota Terengganu (2000), Darjah Seri Mulia (DSM) (2000), Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) (2006) dan Felow Persatuan Sejarah Malaysia (2010). Beliau juga terlibat aktif dalam program-program penganjuran Perpustakaan Negara Malaysia antaranya ialah Wacana Manuskrip Melayu bertajuk Kedaulatan Institusi Beraja, Pembentang Kertas Kerja Seminar Hang Tuah: Raja Duta Kerajaan Melayu Melaka, Penyampai ucaptama Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu pada tahun 2009 serta sebagai pembentang Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu pada tahun 2014 dan 2017.
Pembentang
Beliau merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1987. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Falsafah (M.Phil) dalam bidang Pengajian Islam di St. Andrews University Scotland pada tahun 1991. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian PhD dalam bidang pengajian Islam di Birmingham University, United Kingdom. Beliau berpengalaman dalam bidang pengajian Syariah di Malaysia, Sociology of Islamic Law, Principal of Islamic Jurisprudence dan Islamic Law Reforms. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa International Seminar on Contemporary Fiqh, Pengerusi Sidang International Seminar on Contemporary Fiqh (2016), AJK Siri Syarahan Pengajian Syariah II, Panel Penilai Buku Agama di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka Panel Penasihat Muzium Abu Bakar Pekan Pahang, Panel Penilai untuk jurnal pertama UPM dan Panel Penasihat Muzium Negeri Terengganu.
Pembentang
Beliau adalah pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Beliau mempunyai kelulusan dalam Bachelor of Arts (History) pada tahun 1988 dan Master of Arts (History) pada tahun 1991 daripada USM. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat PhD (Sejarah) di Universiti Malaya (UM). Bidang kajian beliau adalah sejarah Malaysia dan historiografi Malaysia. Beliau telah banyak menghasilkan penulisan buku, artikel dan jurnal. Antaranya ialah Undang-undang Adat Negeri Kedah Abad ke-19 Milik Ku Din Ku Meh, Warisan Sakral di Malaysia, Ringkasan Sejarah Masjid di Seberang Perai Utara, Masyarakat Melayu Pulau Pinang dalam Arus Sejarah, Pengukuhan Kedaulatan Dinasti Temenggung dalam Kesultanan Melayu Johor 1855-1895, Undang-Undang Melayu Tradisional dan Kestabilan Sosial: Tumpuan kepada Undang-Undang Kedah Versi Ku Din Ku Meh 1893, Adat dan Perundangan dan Pengukuhan Identiti Kenegaraan Kedah Prakolonial. Beliau juga dilantik menjadi Panel Penilai Peringkat USM bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2021, RMC Panel (USM Panel), penilai bagi kertas konsep Kajian Arkeogeologi Kuaterner Malaysia: Hulu Perak & Sabah Timur, Long Term Research Grant Scheme (LRGS), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagainya. Beliau juga pernah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Bintang Cemerlang Negeri (BCN) pada tahun 2014 daripada Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Excellent Service Award pada tahun 2012 daripada Universiti Sains Malaysia.
Pembentang
Beliau merupakan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah sejak Jun 2019. Beliau melanjutkan pelajaran di Universitas Gadjah Mada dan menamatkan pengajian perubatan beliau di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980 dan kini berkhidmat sebagai doktor di Klinik Pendang, Kedah. Beliau terkenal dengan kajian numistik dan telah menghasilkan lebih dari lima buah buku berkaitan kewangan. Biografi beliau turut dimuatkan dalam buku Doktor Perubatan Darul Aman. Antara penulisan beliau adalah Sejarah Matawang Negeri Kedah dan Perlis 1323-1626, Pengenalan Mata Wang Alam Melayu Zaman Tradisional, Kota Seputih Lindungan Bulan Sebagai Pusat Pemerintahan Kedah Darul Aman 1323-1626 dan Ceritera Ringgit 1500-2014. Beliau juga ahli numismatik yang mengumpul ribuan mata wang Kesultanan Melayu dan seluruh Asia Tenggara dan konsisten meneliti sejarah kerajaan-kerajaan Melayu tempatan, khususnya Kesultanan Kedah. Beliau juga telah dianugerahi pingat Bintang Kebajikan Masyarakat oleh DYMM Sultan Kedah.
Pengerusi Sesi
Dilahirkan pada 18 Jun 1978 di Pasir Mas, Kelantan dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan To' Uban di Pasir Mas, Kelantan. Pengajian tertinggi beliau adalah Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 2001. Mula bekhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 30 Oktober 2002. Kini beliau menyandang jawatan Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat di PNM. Beliau banyak memberi konsultasi kepada pemilik-pemilik barang antik dan manuskrip Melayu khususnya mengenai tatacara pemeliharaan dan pemuliharaan serta kaedah penyimpanan koleksi tersebut dan turut terlibat dengan pengesanan manuskrip Melayu di negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Patani dan Aceh. Beliau turut diundang sebagai pakar rujuk manuskrip Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Arkib Negara Malaysia, Universiti Malaya, Baitulmal Negeri Sarawak, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Selain itu, beliau juga banyak menyampaikan ceramah serta membentangkan kertas kerja berkaitan manuskrip Melayu dalam pelbagai program keilmuwan.
Pembentang
Beliau memperoleh Sarjana Agama (S.Ag), Master Agama (M.Ag) dan Sarjana (S1) dalam bidang Syariah Tafsir Hadith di Fakulti Syari'ah Universitas Islam Negara (IAIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian Magister (S2) dalam bidang hukum Islam di universiti yang sama. Seterusnya, menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (S3) di UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta. Kini beliau merupakan pensyarah Pengajian Perbandingan Mazhab dan Hukum di Fakultas Syari'ah dan Hukum UIN Ar-Raniry. Beliau telah menulis beberapa buah buku berjudul Kedudukan Non-Muslim dalam Qanun Jinayat, Hukum Jinayat Aceh: Sebuah Pengantar, Undang-Undang Melaka dan laporan penelitian bertajuk Kolerasi Mediasi dalam Hukum Adat dan Hukum Islam Terhadap Penyelesaian Sengketa Ringan di Daerah Perbatasan Aceh. Turut terlibat dalam organisasi di Komisi Fatwa Mejelis Ulama dan Majelis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Wilayah Muhammadiyah Aceh sejak tahun 2005 hingga kini.
Pembentang
Beliau merupakan pensyarah di Fakultas Adab dan Humaniora Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Ranir, Banda Aceh, Indonesia. Beliau memperoleh Sarjana (S1) di Nadwatul Uloom Lucknow, India (1999-2003) dan menyambung pengajian peringkat Magister (S2) di Aligarh Muslim University, India (2003-2005) dan di UIN Syarif Hidayatullah Jakarta (2009-2011). Antara tajuk penyelidikan yang telah dijalankan ialah Penguatan Kehidupan Karakter di Aceh (Teks dan Konteks Naskah Bayan al-Adab) (2018), Penelitian Kajian Tematik Manuskrip Keagamaan Nusantara (Bencana Alam dalam Perspektif Filologis dan Teologis) (2017) dan Naskhah Khutbah Jumat: Pengobar Perang Aceh (Suntingan Teks dan Analisis Isi) (2016). Beliau turut aktif menghasilkan penulisan akademik dan ilmiah antaranya Smong Purba: Jejak Gempa dan Tsunami Aceh (2019), Aliran Sesat di Aceh: Dulu dan Sekarang (2018) dan Bangga Jadi Santri (editor) (2018). Antara kegiatan dan pengalaman beliau yang lain ialah sebagai Ahli Pengembangan Database Sistem Informasi Sejarah Purbakala (Khazanah Aceh), Sekretariat Lembaga Wali Nanggroe (Keurukon Katibul Wali Nanggroe Aceh) (2018), Ahli Penilai Benda Budaya (Naskhah Kuno) di Dinas Perpustakaan dan Kearsipan Aceh (DPKA) (2018), Ahli Pengkajian dan Penelitian Sejarah Perjuangan Laksamana Malahayati Prov. Aceh, Dinas Sosial Aceh (2017), Ketua Kumpulan Penilai Naskhah Kuno Aceh di Lembaga Wali Nanggroe, Pemerintah Aceh (2015) dan Ketua Lembaga Masyarakat Pernaskhahan Nusantara (Manassa) Cab. Aceh (2014-2018).
Pembentang
Beliau merupakan pensyarah di Institut Seni Budaya Indonesia Aceh (ISBI). Memperoleh pendidikan tinggi di peringkat Sarjana (S1) di Fakultas Ilmu Budaya Universitas Gadjah Mada, Indonesia dalam bidang Sastera Arab (2008-2012) dan peringkat Magister (S2) dalam bidang pengajian ilmu sastra (filologi) (2013-2016) di pusat pengajian yang sama. Beliau juga aktif dalam penulisan ilmiah dan antara karya beliau adalah Hikayat Nabi Meucuko: Analisis Semiotika Sastra (2021), Alih Aksara Naskhah Tanbihul Ghafilin (2019), Alih Aksara Safinatul Hukkam (2019), Naskhah Takbir Gempa Kajian Filologis dan Teologis (2016), Naskhah Hikayat Prang Gompeni Kajian Filologi dan Hegenomi Gramsci (2016) dan Sejarah Berdirinya Kerajaan Mamluk di Mesir (2009).
Pembentang
Dilahirkan di Kampung Batu Ampar Pengkalan Batu, Brunei Darussalam pada 4 Disember 1955. Mula berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei pada 1 Januari 1977 sebagai guru terlatih dan mengajar di beberapa buah sekolah menengah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan di Universiti Brunei Darussalam (UBD) (1989), memperoleh Malay Studies daripada School of Oriental and African Studies University of London (1992) dan Ijazah Doktor Falsafah (Phd) Persuratan Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1999). Beliau pernah menjadi pensyarah kanan (September 2000) dan dilantik sebagai Profesor Madya (4 Mac 2008). Dalam bidang pentadbiran UBD, pernah dilantik menjadi Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS) (2000), Dekan Pelajar (2001-2005), Dekan FASS (2005-2008), Pengarah Akademi Pengajian Brunei (2012-2016) dan turut memangku beberapa jawatan seperti Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, Dekan Lepasan Ijazah dan Penyelidikan dan Penolong Naib Canselor. Kini, memegang jawatan sebagai Pengarah Sultan Omar Ali Saifuddien Centre of Islamic Studies (SOASCIS) UBD.
Pembentang
Beliau dilahirkan pada 24 Disember 1955 dan telah mengikuti Kursus Perguruan di Maktab Perguruan Sultan Hassanal Bolkiah Gadong pada tahun 1974-1976. Seterusnya beliau mengikuti Kursus Sarjana Muda Sastera (B.A. Hons) di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada tahun 1985-1989 dan kemudiannya bertugas sebagai tutor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD. Pada tahun 1993 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang sejarah Brunei pada tahun 1996, manakala pada tahun 2004 beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sejarah Brunei. Kini beliau bertugas sebagai Profesor di Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan juga Akademi Pengajian Brunei sejak 2019. Beliau telah menerbitkan beberapa buah buku antaranya Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985, Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran, Politik Brunei (1959–1983), Isu Pertahan dan Keselamatan serta Sejarah dan Pensejarahan Brunei: Dinamika Pembentukan dan Transformasi.
Pengerusi Sesi
Beliau merupakan Profesor di Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dari segi akademik, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1999, Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2003 dan Ijazah Doktor Falsafah di USM pada tahun 2007. Beliau aktif dalam bidang perundingan profesional serta menjadi Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah Malaysia (2017-2022), Penilai Skim Geran Penyelidikan (FRGS) Universiti Malaysia Kelantan (2017), Panel Kajian Akademik bagi Program Ijazah Doktor Falsafah Sejarah (PhD), Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka dan Profesor Pelawat Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM pada tahun 2018. Beliau banyak menulis buku dan antaranya Kuasa & Krisis Kehakiman 1981-1988 (2022) dan 15 Tokoh Pejuang Kemerdekaan Dari Perak (2022).
Pembentang
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang, Diploma Amalan Syariah dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Undang-Undang daripada universiti yang sama. Beliau merupakan Pensyarah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak 1995 dan telah dilantik sebagai Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 2021. Beliau juga merupakan Felow Penyelidik di Institut Pengajian Wanita, UIAM (2013-kini), Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah Nasional di Jabatan Perdana Menteri (2014 - kini), Ahli Majlis Perundingan Islam (2014 - kini) serta Anggota Panel Pakar Kajian Undang-Undang Murtad dan Majlis Agama Islam Negeri Pahang (2014). Beliau juga giat dalam bidang penulisan dan telah menulis lebih 500 artikel dan membentangkan lebih 100 kertas kerja dalam bidang perundangan antaranya Islam dalam Perlembagaan Persekutuan (2018), Isu-isu dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Islam (2016), Polemik dalam Pindaan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah (2016). Beliau juga penulis bersama buku Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan Pengikat Jati diri Bangsa Malaysia Merdeka (2014), Issues in the Enforcement of Islamic Criminal Law in Malaysia (2011), Criminal procedure in Syariah Courts (2011) dan lain-lain. Beliau banyak membuat kajian tentang hal-hal kenegaraan, perlembagaan persekutuan, undang-undang Islam dan hak asasi manusia serta seorang kolumnis di akhbar Berita Harian.
Pembentang
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) dan (LL.B) (Shariah) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2022 dan Ijazah Sarjana (LL.M) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006. Beliau kemudiannya menyambung Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) di Glasgow Caledonian University pada tahun 2015 serta Sijil Pasca Siswazah iaitu Certificate In Company Administration Programme (CiCA) di UIAM. Beliau merupakan Pensyarah Fakulti Undang-Undang di UKM sejak tahun 2007 hingga kini. Berpengalaman sebagai Penasihat Syariah di KAF Equities Sdn. Bhd, KAF Investment Bank dan Bank Simpanan Nasional dalam bidang pengurusan harta syariah dan konvensional. Beliau turut aktif dalam bidang Penyelidikan Perundangan Islam dan Pengurusan Harta serta telah menghasilkan banyak koleksi penulisan jurnal, prosiding dan kertas persidangan dalam bidang perundangan.
Pengerusi Sesi
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda pengkhususan dalam Bahasa Melayu di Universiti Malaya (1995) dan Ijazah Sarjana pengkhususan dalam Linguistik (1999) di universiti yang sama. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2005. Kini merupakan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Beliau berkepakaran dalam bidang penyelidikan fonologi dan filologi serta sistem tulisan Jawi. Beliau antara penyelidik yang aktif mengkaji dan menghasilkan projek-projek tulisan Jawi. Selain aktif menulis pelbagai artikel dalam jurnal dan penerbitan lain, beliau juga sering diundang membentangkan kertas kerja dalam pelbagai seminar dan persidangan. Merupakan pakar rujuk tulisan Jawi dan pembimbing Rancangan Klinik Jawi yang disiarkan menerusi saluran radio IKIM anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sejak tahun 2017.
Pembentang
Beliau merupakan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 2021 dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik pada tahun 1984 daripada Universiti Malaya dan kemudian memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa daripada universiti yang sama. Merupakan Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China. Jawatan lain yang pernah disandang ialah Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka kesepuluh serta Profesor Bahasa di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya. Di peringkat serantau dan antarabangsa, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam serta Profesor Tamu di Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara, Indonesia. Beliau juga dikurniakan gelaran Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan oleh Beijing Foreign Studies University dan Ijazah Doktor Kehormat oleh World Academy of Arts, Amerika Syarikat.
Pembentang
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (1985), Ijazah Sarjana Sastera (1990) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (1999) di Universiti Malaya (UM). Bidang pengkhususan beliau ialah sosiolinguistik, warkah lama dan kitab perubatan tradisional. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM (September 2009-November 2012), (Ogos 2014-Julai 2016) dan Profesor Madya di jabatan yang sama sehingga Julai 2021. Sehingga kini beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan akademik dan sering diundang sebagai pembentang kertas kerja persidangan di dalam dan luar negara. Antara judul buku tulisan beliau ialah Bicara Bahasa (2015), Warkah Raja-Raja Melayu: Struktur, Stilistik dan Nilai-nilai Estetika (2013), Masyarakat Melayu Buton: Kilauan Khazanah Manuskrip, Kesenian, Budaya, Bahasa dan Pantunnya (2011), Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu (2008), Syair Sultan Abdul Muluk (Transliterasi) (2007). Beliau juga pernah bertugas sebagai tutor di Akademi Pengajian Melayu, UM sejak tahun 1985 hingga 1990 dan mulai tahun 1990 berkhidmat sebagai pensyarah sehingga Julai 2021.
Pembentang
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bahasa dan linguistik di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2003, Ijazah Sarjana pada tahun 2006 dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kesusasteraan Melayu pada tahun 2012 di universiti yang sama. Beliau menjawat jawatan sebagai Profesor Madya di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di UPM. Beliau berkepakaran dalam bidang penyelidikan kesusasteraan Melayu, sastera dan budaya, karya agung Melayu dan filologi. Selain itu beliau juga aktif menulis artikel jurnal, buku dan prosiding. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pemenang Pingat Emas Pertandingan Pengajaran dan Pembelajaran Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PicTL), UPM pada tahun 2018, Pemenang Pingat Perak Kongres dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (kNovasi) UKM pada tahun 2018 dan Pemenang Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajar Muda Kluster Sastera dan Sains Sosial pada tahun 2015.
Pengerusi Sesi
Beliau merupakan Ketua Penerbitan dan Pusat Sumber di Institut Maritim Malaysia (MIMA). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2001 hingga 2005. Dari segi kerjaya, beliau berpengalaman luas dalam bidang penyuntingan dan penerbitan serta pernah berkhidmat sebagai Editor Buku di PTS Publications Sdn. Bhd., pada tahun 2005 hingga 2006 dan Editor Majalah Dewan Kosmik di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007 hingga 2008. Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sebelum menyertai MIMA.
Pembentang
Merupakan pakar dalam bidang pengkhususan sejarah awal dan maritim, Asia Tenggara. Beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar secara sambilan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dalam Kursus Sejarah Asia Tenggara Tradisional dan Falsafah Sejarah. Sehingga kini beliau telah menghasilkan pelbagai penulisan antaranya Undang-Undang Laut Melayu (2013) – Dewan Bahasa dan Pustaka, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu (2008) - Utusan Publications & Distributors, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka Abad ke-15-18 (2006) – Dewan Bahasa dan Pustaka serta beberapa makalah dan bab dalam buku yang menghuraikan mengenai penguasaan maritim dan aktiviti perdagangan antarabangsa di Melaka serta identiti politik dan ekonomi Alam Melayu. Beliau juga pernah menjalankan penyelidikan mengenai surat-surat Francis Light.
Pembentang
Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang maritim merangkumi subbidang ilmu falak samudera, teknologi pembinaan perahu dan kapal Melayu, ilmu dan teknik pelayaran dan navigasi, ilmu cuaca, petua-petua dan pantang larang laut. Beliau juga banyak membuat pembentangan kertas kerja dalam bidang maritim di pelbagai seminar dan persidangan dan antara tajuk kertas pembentangan beliau adalah Ilmu Kelautan Melayu, Mata Angin dan Pasang Surut Laut Mengikut Kearifan Melayu, Membongkar Rahsia Pelayaran Melayu dan lain-lain.
Pembentang
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B Hons), Ijazah Sarjana Undang-Undang Maritim di University of Wales, Cardiff, United Kingdom dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di United Kingdom. Beliau juga pernah mengikuti kursus PhD dalam bidang Polisi dan Keselamatan Maritim di University of Greenwich, London pada tahun 2002-2006. Beliau pernah berkhidmat di beberapa jabatan dan agensi sebagai Pengarah Penguatkuasaan dan Undang-undang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Penasihat Undang-undang Kementerian Pertahanan, Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya serta pernah dipinjamkan ke badan antarabangsa sebagai Pengurus di Malaysia-Thailand Joint Authority sebelum bersara pilihan daripada perkhidmatan awam pada tahun 2011. Pada tahun 2014 beliau dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi tempoh dua tahun. Beliau telah dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran “Datuk” pada 10 Oktober 2015. Di peringkat antarabangsa beliau aktif dalam Pertubuhan Seafarers’ Rights International (SRI), London dan pernah diundang mewakili Malaysia bagi peringkat Asia dan Pasifik di Manila pada tahun 2018.
Pengerusi Sesi
Beliau merupakan seorang selebriti, pengacara televisyen, perunding motivasi, penulis dan penceramah bebas serta banyak mengacarakan program berbentuk keagamaan. Beliau memperoleh Diploma Syariah dan Undang-undang serta Ijazah Sarjana daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan bimbingan dan kaunseling. Beliau juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) dan telah ditauliahkan sebagai ahli bertaraf profesional Malaysia Association Professional Speakers (MAPS) iaitu sebuah badan yang menganggotai International Federation of Professional Speakers (IFFPS) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Pembentang
Beliau merupakan Profesor di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang pengajian Melayu dan Indonesia: sejarah, bahasa dan sastera dari St. Petersburg State University, Faculty of Oriental Studies di Russia pada tahun 1981 dan kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah, historiografi dan penyelidikan sumber sejarah di Moscow Institute of Oriental Studies pada tahun 1998. Beliau berkepakaran dalam bidang penyelidikan sumber sejarah Islam, manuskrip dan teks Melayu lama, sejarah Islam di Alam Melayu, sejarah Islam di Asia Tenggara dan lain-lain. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia), Lembaga Pengarang bagi Journal of Oriental Historical Sources Research and Special Historical Disciplines, Moscow Institute of Oriental Studies dan Journal Usuluddin, Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya. Beliau telah menghasilkan lebih daripada 50 karya akademik antaranya Sejarah Penyebaran Islam di Alam Melayu, Sumber Sejarah Melayu-Islam, Metodologi Penyelidikan bagi Warisan Sastera Melayu dan lain-lain.
Pembentang
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB.), Ijazah Sarjana Muda Syariah (LLB.S) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-Undang Islam (LL.M) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Memulakan kerjayanya sebagai peguambela, peguamcara dan Peguam Syarie di Azra & Associates di Petaling Jaya, beliau kemudiannya menyertai perkhidmatan awam dan berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan (Undang-undang) di Kementerian Sumber Manusia, Pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Pegawai Penyelidik bagi Ketua Hakim Mahkamah Rendah Syariah negeri Melaka. Beliau telah menubuhkan Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara iaitu sebuah badan penyelidikan swasta berkaitan sejarah Islam Alam Melayu.