Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan, Perpustakaan Negara Malaysia menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan kepada organisasi yang merancang untuk menubuhkan perpustakaan baharu atau menaik taraf perkhidmatan perpustakaan sedia ada.
Perkhidmatan ini disediakan kepada Kementerian dan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan (GLC), Pertubuhan Profesional, begitu juga dengan Pertubuhan Kebajikan dan Sukarelawan.
Permohonan Khidmat Nasihat boleh muat naik: Borang Khidmat Nasihat Perpustakaan
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:
Ketua Pengarah
Perpustakaan Negara Malaysia
232 Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur
(u.p. : Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan)
E-mel : bknp@pnm.gov.my
BKNP juga sentiasa menyatuni warga Kader PNM yang dilanda musibah dengan membuat lawatan dan kutipan sumbangan. (galeri lawatan)
Borang Penilaian Pelaksanaan Khidmat Nasihat dan Perundingan