PENGENALAN
Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP) memainkan peranan sebagai bahagian yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan kepada organisasi yang merancang menubuhkan perpustakaan baharu atau menaik taraf perkhidmatan perpustakaan sedia ada sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Perpustakaan Negara 1972 (Mengandungi Segala Pindaan Hingga 1 Januari 2006) (Akta 80) iaitu:
Bahagian II Seksyen 4 (2) (b):
“memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan”
Dan Bahagian II Seksyen 4 (2) (i):
“menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawaian kebangsaan bagi mengadakannya”
OBJEKTIF
Mewujudkan satu garis panduan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat perundingan.
Memastikan perkhidmatan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang, berkesan serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.
FUNGSI
1. Merancang dan menyediakan khidmat nasihat dan perundingan untuk penubuhan serta menaik taraf perpustakaan di peringkat kebangsaan.
2. Menyediakan khidmat perundingan untuk penubuhan dan menaik taraf perpustakaan di peringkat kebangsaan berdasarkan permohonan.
3. Merancang dan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Perpustakaan Khusus Guna Sama.
4. Merancang dan menyelaras penyediaan garis panduan dan standard berkaitan pembangunan perpustakaan di Malaysia.
5. Memantau kemajuan prestasi perkhidmatan di Perpustakaan Khusus Guna Sama.
DEFINISI KHIDMAT NASIHAT
Khidmat nasihat adalah proses memberi khidmat nasihat dan memantau pengurusan perpustakaan sedia ada serta mengemukakan cadangan penambahbaikan berdasarkan piawaian kebangsaan dan antarabangsa yang diterima pakai. Khidmat nasihat dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang atau keperluan di luar jangkaan kepada badan kerajaan dan bukan kerajaan.
DEFINISI KHIDMAT PERUNDINGAN
Khidmat perundingan adalah proses merancang dan menubuhkan perpustakaan baharu serta menaik taraf perpustakaan sedia ada berdasarkan piawaian kebangsaan dan antarabangsa yang diterima pakai. Khidmat perundingan dilaksanakan berdasarkan permintaan daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan.