PERHATIAN:
Semua harta intelek adalah menjadi hak milik institusi apabila:
(a) dihasilkan oleh staf semasa dan menjalankan tugas sebagai staf institusi.
(b) dihasilkan oleh pelajar dalam tempoh pengajian atau menjalankan penyelidikan bersama institusi.
Harta intelek yang terbit dari hasil kerjasama dengan pihak ketiga akan menjadi hak milik bersama institusi dan pihak ketiga, tertakluk kepada terma-terma berkenaan.
Bagi karya, reka bentuk atau perkara lain yang dihasilkan oleh staf institusi di luar skop tugas/ fungsi pekerjaan mereka, atau yang mana telah dicipta, dimajukan, dihasilkan atau diwujudkan tanpa penggunaan sebarang bentuk kemudahan, bahan, peruntukan atau apa-apa sumber dari institusi, pemilikan harta intelek berkenaan tidak akan dituntut oleh institusi.
Eksploitasi mana-mana harta intelek yang dihasilkan hendaklah dikawal oleh terma-terma perjanjian yang dipersetujui.