PELAPORAN AKTIVITI

Institusi selaku penganjur pertandingan inovasi yang telah melaksanakan pertandingan inovasi sama ada di peringkat kebangsaan / antarabangsa dengan jayanya hendaklah mengemukakan satu laporan lengkap pelaksanaan penganjuran pertandingan inovasi kepada PPI. Laporan lengkap pelaksanaan mengikut format yang ditetapkan oleh PPI hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebulan selepas pertandingan inovasi dilaksanakan.

PPI akan mengeluarkan surat peringatan (soft reminder) kepada Institusi penganjur pertandingan inovasi yang gagal mengemukakan laporan pelaksanaan pertandingan inovasi.

PPI berhak untuk mendapatkan laporan kewangan penganjuran pertandingan inovasi sekiranya perlu.

Pelaporan aktiviti inovasi yang perlu dikemukakan kepada PPI juga melibatkan mana-mana penyertaan yang menyertai pertandingan atau pameran inovasi di luar Negara terutamanya yang mendapat tajaan di bawah peruntukan Program One-Off Luar Negara JPPKK.

PENILAIAN DAN PELAPORAN AKTIVITI INOVASI.pdf

PENILAIAN DAN PELAPORAN AKTIVITI INOVASI