Projek Big Data PMM telah dilaksanakan sejak tahun 2023.
Ianya bertujuan memastikan semua data-data penting dan data-data sejarah PMM disimpan secara sistematik dan selamat.
Hasil kerja anda - daripada nota, penerbitan, bahan PDP, penyelidikan, dokumen rasmi, kertas kerja dsb, bukan sahaja bermakna kepada anda, tetapi penting kepada mereka yang menggantikan anda pada masa hadapan.
Data terkumpul menghasilkan maklumat,
Maklumat terkumpul menjadi pengetahuan
Pengetahuan yang terkumpul akan hasilkan kebijaksanaan.
Tahun ini, Big Data PMM bakal dimigrasi dan dipertingkatkan kepada peralatan Network Attached Storage (NAS) yang bukan sahaja berkapasiti lebih besar, tetapi juga lebih komprehensif dan moden berbanding pendekatan terdahulu.
Jangan biarkan pengetahuan dan pencapaian anda sepanjang di PMM hilang ditelan masa. Simpan dan katalog kan semua maklumat supaya boleh dirujuk dan dimanfaatkan semula.
Maklumat yang lengkap, teratur & tekini merupakan mercutanda kepada sebuah organisasi yang mantap.
Semua pihak perlu mainkan peranan untuk menjayakan Big Data PMM.
Laksana Peranan Anda !
🌐 Apa itu NAS?
NAS (Network Attached Storage) ialah sebuah server yang didedikasikan (dedicated) untuk fungsi storan dan disambungkan kepada rangkaian organisasi. Ia membolehkan berbilang pengguna, komputer, dan aplikasi menyimpan, berkongsi, dan mengakses data dari satu lokasi berpusat melalui rangkaian TCP/IP.
NAS boleh datang dalam bentuk deskmount (gambar atas) atau rackmount (gambar bawah).
Perbezaan utama NAS berbanding file server biasa adalah ia datang dengan pelbagai aplikasi (dipanggil package) terbina-dalam seperti Image Gallery, Cloud Drive, Email Server, CCTV Drive dll yang boleh diaktifkan atas keperluan.
🔑 Ciri Utama NAS
Storan Berpusat – semua fail, dokumen, pangkalan data, dan backup disimpan di satu tempat.
Perkongsian Fail – memudahkan kerjasama; staf boleh mengakses fail dengan selamat sama ada di pejabat atau dari luar menggunakan internet.
Redundansi Data – konfigurasi RAID melindungi data daripada kegagalan cakera keras.
Backup & Pemulihan Bencana – jadualkan backup PC, server, dan akaun cloud.
Akses Jauh – kebanyakan NAS membenarkan capaian selamat melalui VPN, portal web, atau aplikasi mudah alih.
Boleh Ditingkatkan – mula dengan beberapa cakera, tambah bila keperluan storan meningkat.
Kawalan Keselamatan – tetapan kebenaran pengguna, penyulitan, dan log audit.
Integrasi dengan Cloud – boleh sync dengan Google Drive, OneDrive, atau Dropbox untuk model hibrid.
⚖️ NAS vs Cloud
NAS → Lebih kawalan, kos jangka panjang lebih rendah, kelajuan setempat, kos perkakasan sekali sahaja.
Cloud → Fleksibel, boleh skala segera, tetapi saiz terhad & kos langganan boleh meningkat tinggi.
🏢 Bagaimana NAS Membantu Organisasi Anda
Penyimpanan & Kolaborasi Berpusat
Tiada lagi fail berselerak di lokasi dan komputer yang berbeza, versi yang berbeza.
Keselamatan & Kawalan Data
Berbeza dengan cloud awam, data kekal di premis, di bawah kawalan kita sendiri.
Alternatif Kos Efektif kepada Server
NAS menawarkan banyak fungsi seperti server, tanpa kos yang tinggi untuk lesen & peralatan.
Strategi Backup
Melindungi daripada ransomware, pemadaman tidak sengaja, atau kerosakan perkakasan dengan backup automatik.
Sokongan Pekerja Jarak Jauh
Staf yang bekerja dari rumah boleh mengakses fail seolah-olah berada di pejabat.
Storan Mengikut Jabatan
Kewangan, HR, dan Projek boleh mempunyai folder sendiri dengan hak akses terkawal.
Pertumbuhan Skala
Boleh mula kecil (contoh: NAS 4-bay dengan 16TB) dan tambah bila organisasi berkembang.