Aplikasi pemacu pendigitalan PMM
Pada Mesyuarat Pengurusan Bil 5/2024, Pengarah PMM YBrs. Lt. Kol. Norizam bin Sekak telah menekankan keperluan Pendigitalan (mendigitalkan cara kerja) sebagai salah satu daripada 22 agenda utama untuk tahun 2025.
Digitalisasi Maklumat juga merupakan satu daripada Inisiatif Teras 2: Dimensi Governan dalam Pelan Strategik PMM 2025-2035.
Bertindak keatas keperluan ini, Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi telah memulakan pembangunan koleksi PMM-One App bagi mendigitalkan proses-proses kerja utama yang sebelumnya dilakukan secara manual di PMM.
Menggunakan platform Google Workspace MyGovUC, pembangunan App ini dilaksanakan secara berfasa melalui kolaborasi bersama pengguna yang terdiri daripada kakitangan Akademik & Sokongan Akademik.
Semua App yang telah dibangunkan boleh di akses oleh Warga PMM melalui shortcut dari laman Anjung Digital ini atau melalui Master-App, PMM-One App.
E-JANJI TEMU UPP: Buat janji temu dengan Psikologis PMM
GEOFENCE2: Kehadiran Perhimpunan Bulanan
Urusan Lantikan Dalaman