Space Harvest Ideathon merupakan sebuah program pendidikan antarabangsa yang dilaksanakan di bawah kerangka “Space Seeds for Asian Future (SSAF)”, sebagai sebahagian daripada aktiviti Inisiatif Kibo-ABC. Kibo-ABC merupakan inisiatif yang melibatkan agensi angkasa lepas dan organisasi dari rantau Asia-Pasifik, termasuk Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Program ini bertujuan mendapatkan idea inovatif berkaitan jenis tumbuhan yang sesuai ditanam (What to Grow) serta kaedah penanaman (How to Grow) bagi penghasilan makanan di angkasa lepas. Inisiatif ini menyokong persediaan ke arah penerokaan angkasa lepas oleh manusia dan aktiviti penempatan manusia pada masa hadapan, termasuk di orbit Bumi rendah (LEO), Bulan dan Marikh.

Idea serta cadangan eksperimen yang terbaik berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai tema eksperimen angkasa lepas pada masa hadapan.

Di Malaysia, program ini dianjurkan secara bersama oleh Planetarium Negara dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).