2.1.1 Mengenali pelbagai jenis fabrik bertenun dan berkait (knitted fabric).
Fabrik dihasilkan daripada yarn dalam berbagai kaedah. Menenun dan mengait merupakan kaedah yang paling lazim atau biasa digunakan dalam pembinaan fabrik pada masa kini.
Fabrik bertenun
Fabrik bertenun mempunyai 2 jenis benang iaitu benang ira lurus / benang memanjang (warp) dan benang pakan/ benang melintang (weft). Kedua-dua benang ini dijalin berselang-seli dan bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada fabrik bertenun dikenali sebagai selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang rapat. Jalinan yang berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke kanan. Contuh fabrik yang di tenun biasa Belacu, kasa (Voil), maslin, poplin.
Tenunan yang biasa:
Struktur di mana benang lekapan dan lekukan tersambung.
Tenunan Twill:
Tisu yang terus menyengat melalui titik tisu (atau titik tisu tenunan) dipanggil tenunan Twill.
Tenunan Satin:
Warp dan renda dipasangkan sekali setiap empat atau lebih benang dipisahkan, dan mata interlacing ini adalah berasingan, tidak berterusan, dan sama rata dalam satu kitaran tisu.
Fabrik berkait (knitted fabric)
Fabrik berkait mempunyai struktur yang diperoleh dengan mengait benang yang bergelung. Istilah ini digunakan kerana tiap-tiap gelungan yarn dikait untuk mendapatkan barisan yang baru. Kaedahnya serupa dengan mengait mengguna jarum kait (knitting needles) Gelung berkait yang menegak dikenali sebagai WALESÂ dan gelung berkait yang mendatar dikenali sebagai COURSE. Fabrik berkait mempunyai kestabilan yang kurang jika dibanding dengan fabrik bertenun. Dari itu kegunaan fabrik berkait terhad kepada pakaian tertentu (sukan, riadah, pakaian dalam, pakaian bayi). Dengan adanya teknologi canggih fabrik berkait yang lebih bermutu dan mempunyai struktur yang lebih kompleks dapat dihasilkan.
Contoh "knitted fabric"