1.3 Menjelaskan elemen senireka fesyen.
1.3.1 Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu.
1.3.2 Silhouette
Silhouette merupakan imej bebayang atau menampakkan bayang-bayang. Maknanya, subjek boleh dikenalpasti hanya dengan menampakkan bayang-bayang.
Ianya akan menarik dan cantik jika kita tahu sedikit sebanyak tentang asas menghasilkan gambar Silhouette.
1.3.3 Bentuk
Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan.
1.3.4 Jalinan
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek.
1.3.5 Warna
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan. Warna dapat menunjukkan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Elemen Warna terbahagi kepada 5:
Warna Panas
Warna Sejuk
Warna Pastel
Warna Komplimentari
Warna Monokromatik