3.1.1 Mengetahui jenis warna dalam Roda Warna.
a. Warna Asas
Warna asas atau warna primer ialah warna yang tidak dapat dihasilkan melalui campuran warna lain.
Terdapat tiga warna asas utama iaitu merah, kuning, dan biru.
Merah ialah warna yang berhubungan dengan kekuatan, keberanian, dan kasih sayang. Kunjungi hati, keberanian, dan semangat kemenangan. Warna merah juga dikaitkan dengan kemarahan dan keberanian.
Kuning pula melambangkan kebahagiaan, kreativiti, dan keceriaan. Warna ini juga dikaitkan dengan kecerahan, kejelasan, dan optimisme.
Biru ialah warna yang mewakili ketenangan, kepercayaan, dan keikhlasan. Biru juga melambangkan keberanian, kebenaran, dan kesetiaan.
b. Warna Sekunder
Warna sekunder adalah hasil daripada pencampuran dua warna asas secara sama rata.
Terdapat tiga warna sekunder iaitu hijau, oren, dan ungu.
▪ Hijau ( biru + kuning )
▪ Oren ( kuning + merah )
▪ Ungu ( merah + biru )
Hijau adalah hasil daripada campuran warna kuning dan biru. Warna hijau melambangkan keseimbangan, kesegaran, dan pertumbuhan.
Oren pula adalah hasil daripada campuran warna merah dan kuning. Warna oren melambangkan kegembiraan, semangat, dan kehangatan.
Ungu ialah hasil daripada campuran warna merah dan biru. Warna ungu melambangkan kelembutan, keromantikan, dan keistimewaan.
c. Warna Tertier
Warna tertier ialah hasil daripada campuran dua warna sekunder yang berbeza-beda atau campuran warna sekunder dengan warna asas yang tidak terlibat dalam pembentukan warna sekunder. Contohnya, campuran hijau dengan ungu akan menghasilkan warna coklat.
Walaupun tidak terdapat kategori warna tertier yang tetap dan seragam, terdapat banyak warna yang dihasilkan daripada campuran warna tertentu. Contohnya, campuran biru dan hijau menghasilkan warna hijau kebiruan atau aqua, manakala campuran merah dan jingga menghasilkan warna merah jambu atau coral.
▪ Merah ungu ( merah + ungu )
▪ Biru ungu ( biru + ungu )
▪ Biru Hijau ( biru + hijau )
▪ kuning hijau ( kuning + hijau )
▪ Kuning jingga (kuning + oren )
▪ Merah jingga ( merah + jingga )
d. Warna Sejuk
Merupakan kumpulan warnayang mempunyai kesan cahaya yang rendah dan redup.
Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
Memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk mata memandang.
Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi.
Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang.
Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran.
Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk.
contoh :
e. Warna Panas
Merupakan kumpulan warna yang mempunyai kesan cahaya yang tinggi.
Memberi kesan terang, garang seperti api dan merangsang penglihatan seperti matahari.
Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya.
Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan.
Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas.
contoh :
f. Warna Harmoni
Warna harmoni merupakan kumpulan warna-warna yang seakan-akan sama atau warna yang berada di dalam satu keluarga atau di dalam suhu warna yang sama.
Warna harmoni biasanya terletak bersebelahan atau berdekatan dalam roda warna.
Contoh kumpulan warna harmoni :
i. merah, merah jingga, jingga dan kuning jingga.
ii. biru, biru hijau, hijau dan kuning hijau.
iii. biru, biru ungu, ungu, merah ungu dan merah
4. Warna-warna harmoni akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang.
5. Kebiasannya warna-warna harmoni digunakan dalam rekaan hiasan dalaman, corak tekstil, hiasan dinding dan sebagainya.
Kumpulan warna-warna harmoni
Warna harmoni pada rekaan bunga yang bersuhu panas
Organisasi warna harmoni dalam rekaan yang sejuk