a. Manik Jelujur
Jelujur Satu Manik
1. Susupkan jarum keluar dari fabrik.
2. Masukkan sebiji manik dan susupkan jarum ke hadapan dengan menjahit sedikit fabrik.
3. Lakukan berulang kali mengikut garisan lakaran rekaan.
4. Jahit simpul selepas setiap 5 atau 6 biji manik agar jahitan jelujur ini tidak tertarik benangnya.
Jelujur Dua Manik
1. Masukkan 2 biji manik pada benang.
2. Rapatkan bijian manik dengan kemas dengan menggunakan hujung jarum.
Jelujur Tiga Manik
1. Susupkan pada fabrik mengikut garisan lakaran rekaan anda. Pastikan jarak susupan harus dapat memuatkan dua biji manik. Ulangi seterusnya.
2. Ulangi teknik sama menggunakan 3 biji manik. Pastikan jarak susunan manik.
b. Manik Tali Air
1. Susupkan benang pada fabrik dan simpulkan pada permulaan pangkalnya.
2. Gunakan 4 biji manik jenis silinder atau 5 biji manik jenis bulat.
3. Rapatkan bijian manik dengan kemas dengan menggunakan hujung jarum.
4. Susupkan jarum separuh lebih kurang 2 biji manik menuju ke belakang.
5. Ketatkan susupan benang dengan menyentap secara perlahan-lahan.
6. Masukkan jarum ke dalam 2 biji manik dari belakang.
7. Pegang dengan menggunakan hujung jari dan tarik benang perlahan-lahan.
7. Ulangi langkah-langkah di atas dengan memasukkan 4 biji manik lagi.
8. Pegang susupan manik dan tarik benang perlahan-lahan seterusnya.
c. Manik Bercabang
Susupkan benang pada fabrik dan simpulkan pada permulaan pangkalnya.
Gunakan 3 biji manik jenis silinder.
Rapatkan bijian manik dengan kemas dengan menggunakan hujung jarum.
Susupkan jarum separuh lebih kurang 2 biji manik menuju ke belakang.
Ketatkan susupan benang dengan menyentap secara perlahan-lahan.
Masukkan jarum ke dalam 2 biji manik dari belakang.
Susupkan benang pada fabrik ke biji manik ke sisi kiri tengah daripada 5 manik dan susupkan jarum separuh 2 biji manik.
Susupkan benang pada fabrik dan susupkan jarum separuh 2 biji manik ke sisi kanan tengah daripada 5 manik.
Setelah selesai sulaman dan ulangi teknik sama dari langkah pertama.
d. Labuci Jelujur
Mulakan susupan benang atas lakaran rekaan. Kemudian masukkan sekeping labuci jenis leper atau Indian Sequin.
Susupkan jarum keluar dari fabrik.
Susupkan jarum di tengah-tengah lubang labuci dan ulangi jahitan seperti pada langkah pertama.
Rapatkan labuci dengan kemas dan lakukan berulang kali mengikut garisan lakaran rekaan.
e. Deretan Kepingan Labuci
1. Mulakan susupan benang atas lakaran rekaan. Kemudian masukkan sekeping labuci jenis leper atau Indian Sequin.
2. Susupkan jarum ke belakang permulaan benang tadi di A dan keluar di B. Jarak susupan jarum adalah dari lubang labuci ke tepi, lebih kurang 0.25 cm.
3. Sambil menjahit, jari tangan kiri di bawah fabrik sambil menolak fabrik sedikit ke atas agar mudah jarum disusup ke hadapan.
4. Beginilah kedudukan labuci menggunakan jahitan undur ke belakang.
5. Terbalikkan labuci dengan menggunakan hujung jarum.
6. Susupkan jarum di tengah-tengah lubang labuci pertama tadi dan ulangi jahitan seperti pada langkah pertama.
7. Setiap kali sulaman "Back Stitch" ini dijahit, labuci akan terbalik dengan sendirinya. Gunakan jarum untuk kembalikan labuci dan teruskan sulaman seperti langkah kedua.
8. Matikan jahitan dengan menyusupkan jarum pada lubang labuci yang terakhir.
Rujukan:
f. Labuci Bertindih
Mulakan susupan benang atas lakaran rekaan. Kemudian masukkan sekeping labuci jenis leper atau Indian Sequin.
Susupkan jarum di tengah-tengah lubang labuci pertama tadi dan ulangi jahitan seperti pada langkah pertama.
Setelah selesai sulaman, matikan jahitan dengan menyusupkan jarum pada lubang labuci yang terakhir.