ALATAN MENYULAM
RAM (PEMIDANG)
Digunakan untuk menegangkan kain atau fabrik.
Kain perlu ditegangkan mengunakan alat ini sebelum sulaman dibuat.
MANIK DAN LABUCI
Bahan-bahan yang digunakan sebagai hiasan sulaman manik dan labuci pada pakaian, atau membuat beberapa item/hiasan yang lain.
GUNTING SULAM
Digunakan untuk kerja sulaman dan menggunting benang.
JARUM SULAM (JARUM JAHITAN MANIK)
Digunakan untuk menyulam manik sebaiknya jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi.
Jarum ini juga digunakan untuk membuat sulaman jahitan dengan tangan.
BENANG
Digunakan untuk menjahit fabrik dan mencantum fabrik.
Juga perlu digunakannya dengan warna fabrik yang bersesuaian.
ALATAN MENGUKUR
PITA UKUR
Digunakan untuk mengambil ukuran badan orang yang membuat pakaian, mengukur fabrik dan juga mendraf pola.
ALATAN MELUKIS
PEN MUDAH PADAM (ERASABLE PEN)Â
Digunakan untuk membuat lakaran dan melukis sulaman pada fabrik bagi memudahkan untuk menyulam dengan pelbagai rekaan yang dilukis sebelum proses menjahit manik dan labuci.
Kesan pada pen ini, lukisannya mudah ditanggalkan jika dibasuh.
PENSEL
Digunakan untuk menanda atau melukis lakaran pada kertas dengan menggambarkan rekaan yang dihasilkan sebelum menyulam.
PEMADAM
Digunakan untuk memadam sesuatu tanda yang dituliskan dengan pensel.
PEMBARIS
Digunakan untuk menanda garisan lurus dan mengukur jarak.
ALATAN MENANDA DAN MENEKAP
KERTAS KARBON TUKANG JAHIT (TRACING PAPER)
Digunakan untuk memindahkan tanda pola, garisan dan motif pada fabrik dengan menggunakan roda surih.
Mempunyai berbagai warna.
Kesan karbon pada fabrik akan hilang selepas dicuci.
PENSEL TUKANG JAHIT
Digunakan untuk menanda garisan dan memindahkan tanda ke permukaan fabrik untuk menjamin ketepatan ukuran.
RODA SURIH
Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan dari kertas pola ke atas fabrik.
Juga digelek mengikut garisan yang telah dilukis pada kertas pola dengan meletakkan kertas karbon di antara kertas pola dan fabrik.
KAPUR TUKANG JAHIT
Digunakan untuk menanda atau melukis pola atau garisan pada fabrik.
Mempunyai berbagai warna tetapi perlu gunakan warna yang sesuai dan jelas kelihatan pada fabrik.
JARUM PENITI
Digunakan untuk menyemat atau melekatkan pola pada fabrik dan juga mencantum kepingan fabrik yang hendak digunting.
ALATAN MENJAHIT
BENANG
Digunakan untuk menjahit fabrik dan mencantum fabrik.
Juga perlu digunakannya dengan warna fabrik yang bersesuaian.
FABRIK / KAIN
Bahan yang digunakan untuk membuat pakaian dan juga dijadikan medium untuk membuat sulaman.
JARUM JAHIT TANGAN
Digunakan untuk menyembat, menjahit jelujur atau lain-lain jahitan pada fabrik dengan menggunakan tangan.
PENYEPIT BENANG (TWEEZER)
Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam jarum.
Ia juga digunakan untuk menyusun manik yang halus dengan mudah.
PENCUCUK BENANG (THREADER)
Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
PENETAS BENANG
Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetas jahitan yang salah.
Selepas digunakan, mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
ALATAN MEMOTONG
GUNTING KAIN
Digunakan untuk menggunting kain atau fabrik sahaja.
GUNTING KERTAS
Digunakan untuk menggunting kertas atau pola dan juga bahan jahitan lain selain daripada fabrik pakaian.
GUNTING PENETAS (SNIPPER)
Digunakan untuk memotong benang sahaja dan menetas jahitan sewaktu menyulam.
Ia juga boleh digunakan untuk memotong lebihan hujung fabrik.
ALATAN MENEKAN
SETERIKA KERING
Digunakan untuk menekan dan seterika mengikut jenis fabrik dengan tahap kepanasan yang berbeza.
BOD PENEKAN (KAYU PENEKAN)
Digunakan sebagai penekan fabrik.
SETERIKA WAP
Digunakan untuk menekan dan seterika mengikut jenis fabrik dengan tahap kepanasan serta mengeluarkan wap air.
PERENJIS
Digunakan untuk melembabkan fabrik atau pelembut fabrik supaya mudah untuk diseterika.
BOD SETERIKA (PAPAN PENEKAN)
Digunakan untuk memudahkan semua proses menyeterika dan menekan.
BOD LENGAN
Digunakan untuk menyesuaikan lengan baju dengan baik tanpa meninggalkan lipatan pada pakaian.