2.4 Menjahit pelbagai jenis sampel penghilang gelembung.
2.4.1 Lisu pemadan cembung
Langkah - langkah jahitan :
Tandakan kedudukan lisu pemadan.
Temukan sebelah luar fabrik.Pastikan kedua-dua garisan pemadan bertemu. Semat dan jelujur pada garis pemadan.
Jahit mesin dari hujung yang lebar ke hujung yang runcing diatas garis pemadan.
Matikan mata jahitan dengan menjahit dua kali jahitan mesin pada bahagian runcing sepanjang 1.5cm.
Rujukan:
2.4.2 Lisu pemadan cekung
Langkah - langkah jahitan :
Tandakan kedudukan lisu pemadan dengan peniti.
Temukan sebelah luar fabrik di garis pemadan.Semat dan jelujurkan.
Jahit mesin dari bahagian tengah ke satu hujung tirus.Tindihkan mata jahitan mesin ke satu hujung lagi.
Susupkan semua hujung benang.
Snipkan bahagian tengah lisu sehingga 5 mm dari garis jahitan untuk meratakannya.
Kemaskan bahagian tepi yang berbulu dengan jahitan insang pari.
Tekan lisu ke bahagian tengah atau sebelah pakaian.
Rujukan:
INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN ( Muka Surat : 130 - 132 )
2.4.3 Lisu tergantung
Langkah - langkah jahitan :
Dapatkan garis tengah.
Tandakan kiri dan kanan dengan ukuran ½ inci.
Tandakan panjang dengan ukuran 2 ½ inci.
Lipat dan temukan garisan.
Jahit lisu pada garisan yang ditanda mengikut ukuran yang dikehendaki.
Rujukan:
INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN ( Muka Surat : 133 - 135 )
2.4.4 Lisu perhiasan
Langkah - langkah jahitan :
Dapatkan garis tengah.
Tandakan kiri dan kanan ½ inci.
Temukan kiri dan kanan yang telah ditanda. Dan jahit mesin pada garisan yang ditanda.
Ulang langkah-langkah berikut.
2.4.5 Lisu beriring
Langkah - langkah jahitan :
Tandakan kedudukan lisu pada fabrik.
Lisu mempunyai tiga bahagian iaitu lebar lisu, lipatan bawah lisu dan tapak lisu yang ketiga -tiganya sama lebar.
Lebar lisu yang siap bergantung atas stail pakaian.
Lisu mestilah rata.
Lipatkan pada jahit dan letakkannya keatas tapak lisu.
Tekan dan pin.
Jelujur tegak di tengah-tengah lisu.
Lisu beriring boleh dibiarkan lepas atau dijahit tepinya.
Ada 4 cara menjahit tepi lisu.
Jahit mesin di tepi lipatan
Jahit mesin 6mm dari tepi lipatan
Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tegak dengan lipatan
Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tirus ke lipatan