2.1 Menjahit pelbagai jenis kelim dengan menggunakan kaedah dan teknik yang betul.
2.1.1 Kelim belah kangkung
Langkah - langkah jahitan :
Temukan sebelah luar fabrik pada garis pemadan.
Semat dan jelujur pada garis pemadan.
Tanggalkan peniti dan jahit mesin tepat pada garisan pemadan.
Buka kelim dan tekan rata menggunakan seterika.
Rujukan:
2.1.2 Kelim lipat tindih
Langkah - langkah jahitan :
Sediakan dua keping fabrik berukuran 8 x 4 inci.
Tandakan basi sebanyak ½ inci di sisi sebelah dalam fabrik.
Jahit lurus pada basi yang ditandakan dan matikan jahitan di kedua-dua hujung.
Tolak basi ke arah tepi (di pakaian ke arah rusuk badan).
Jahit tindih di sebelah luar halus dan lurus.
Rujukan:
2.1.3 Kelim betawi
Langkah - langkah jahitan :
Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan.
Gunting basi kelim sehingga lebarnya tinggal 3mm.
Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.
Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit mesin di atas garisan pemadan.
Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.
Rujukan:
INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN ( Muka Surat : 76 - 77 )
2.1.4 Kelim papan mesin
Langkah - langkah jahitan :
Tandakan basi 1 atau ½ inci pada sebelah dalam fabrik.
Temukan dua keping fabrik sebelah dalam berhadapan.
Semat, jelujur dan mesin di atas garisan pemadan.
Gunting basi jahitan kelim di bahagian belakang bahagian belakang pakaian sehingga 5mm. Gunting basi jahitan kelim di bahagian hadapan sehingga 13mm.
Lipatkan bahagian hadapan yang lebih panjang ke atas bahagian belakang di atas garisan pemadan. Jelujur untuk menetapkan kedudukan lipatan.
Tekan tepi yang berlipat ke atas bahagian belakang pakaian. Jelujur dan mesin rapat dengan lipatkan. Cabutkan jelujur.
Rujukan:
INDAH DAN MUDAHNYA ASAS JAHITAN ( Muka Surat : 80 - 81 )
CARA SAMBUNG BAHU KURTA. JAHIT KELIM PAPAN MESIN. <-- Bukan Jahitan Kelim Betawi