Pasangkan jarum di pemegang jarum. Pastikan bahagian yang rata menghala ke skru pemegang jarum.
Pasangkan gelendung ke dalam kesnya.
Pasangkan benang pada tiang benang.
Naikkan benang bawah dan tarik kedua-duannya ke bawah dan belakang penekan jahitan untuk menggelakkan benang kusut di dalam mesin.
Laraskan mata jahitan. Tolakkan tuas pelaras jahitan sehingga mendapat nombor yang dikehendaki.
Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan.
Letakkan bahagian fabrik yang banyak di sebelah kiri mesin.
Pusing roda imbang ke hadapan untuk menurunkan jarum menembusi fabrik.
Pastikan jarum berada tepat pada tempatnya di atas sekali sebelum mula menjahit.
Turunkan tuas angkat. Putar roda imbang ke arah hadapan untuk mula menjahit.
Jahit dengan licin pada garisan pemadan.
Jangan menarik fabrik ketika anda sedang menjahit.
Selepas menjahit, naikkan jarum mesin setinggi yang boleh.
Naikkan tuas angkat.
Tarik fabrik ke belakang mesin untuk mengelakkan jarum daripada bengkok.
Guntingkan benang lebih kurang 4 atau 5 cm panjang untuk diguna bagi mematikan jahitan.