Unit SPBT SEMESTI berusaha untuk memastikan 100% murid berkelayakan mendapat pinjaman buku teks yang lengkap, dalam keadaan baik, dan mengikut prosedur yang betul melalui proses pinjaman dan pemulangan yang terancang dan sistematik
Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan pelupusan buku teks dengan kadar kecekapan 80% ke atas,
Memastikan semua pelaporan ketidaksempurnaan penerimaan buku teks - sekiranya menepati SOP yang ditetapkan - diurus dalam masa seminggu dan ke bawah.
Merancang dan mengatur aktiviti sepanjang yang memartabatkan penggunaan buku teks di kalangan warga sekolah, serta menyokong usaha pihak sekolah dalam aktiviti yang membudayakan amalan membaca, memahami dan mempelajari ilmu berdasarkan penggunaan buku teks.
Bilik utama perancangan dan pengoperasi tugas-tugas berkaitan SPBT serta tempat simpanan stok buku teks
Laman SPBT yang menempatkan ruang menunggu bagi ibubapa atau pelajar yang berurusan dengan guru atau pelajar SPBT
Ruang bacaan dan santai yang diwujudkan bagi membudayakan amalan membaca dan membuat kaji menggunakan buku teks