Di bawah unit Hal Ehwal Murid, Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) SMK Sungai Tiram bertanggungjawab - secara umumnya - terhadap pengurusan proses pengumpulan stok, pengagihan awal tahun, pemulangan akhir tahun dan proses pelupusan buku teks pelajar sepanjang tahun persekolahan. Sebarang tugas yang dilaksankan Unit SPBT adalah berpusatkan di lokasi BOSS, iaitu Bilik Operasi SPBT Sekolah, yang terletak di tingkat 1, Blok Pengurusan sekolah.
Tugas unit SPBT turut merangkumi aspek seperti
Merancang jadual kerja pengurusan buku teks selari dengan takwim sekolah
Membuat perancangan kuantiti stok buku dan mengenalpasti sebarang keluarbiasaan dalam stok
Mengenalpasti bilangan pelajar layak mendapat pinjaman buku teks
Mengatur perancangan proses pemulangan dan pengagihan buku teks kepada pelajar secara sistematik
Mengoperasikan BOSS sepanjang tahun sebagai 'hub' kepada semua perkara/tugas berkaitan buku teks
Melatih dan mengurus pasukan pelajar SPBT yang bertugas sebagai pembantu ketika sebarang tugas berkaitan buku teks dan BOSS
Bilik utama perancangan dan pengoperasi tugas-tugas berkaitan SPBT serta tempat simpanan stok buku teks
Laman SPBT yang menempatkan ruang menunggu bagi ibubapa atau pelajar yang berurusan dengan guru atau pelajar SPBT
Ruang bacaan dan santai yang diwujudkan bagi membudayakan amalan membaca dan membuat kaji menggunakan buku teks