Program persediaan untuk pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia Rangkaian (MTUN) dan politeknik.
Pada awalnya program asasi teknologi kejuruteraan yang ditawarkan di 5 buah politeknik mulai Sesi I: 2023/ 2024 dan kini telah bertambah kepada 10 buah politeknik.
Antara syarat kemasukan adalah warganegara Malaysia, mempunyai SPM atau setaraf, mendapat 5 kepujian dalam mata pelajaran serta syarat-syarat lain.
BPN bertanggungjawab terhadap penetapan dalam Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian serta penganugerahan sijil melalui Jawatankuasa Pensijilan Asasi TVET.