Bengkel Artikulasi MTUN-JPPKK adalah siri bengkel anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyelaraskan kurikulum dan mempermudah laluan TVET (JPPKK) ke pengajian Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), seperti pemindahan kredit bagi pelajar Politeknik/Kolej Komuniti untuk menyambung pengajian ke MTUN, memperkukuh kerjasama dan memastikan keselarasan antara institusi bagi laluan Diploma ke Ijazah. Bengkel ini melibatkan wakil-wakil dari MTUN, JPPKK, dan diuruskan oleh Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT.
BENGKEL FASA A: PEMETAAN FOKUS KEPADA PROGRAM KEJURUTERAAN
BENGKEL FASA B: PEMETAAN FOKUS KEPADA PROGRAM BUKAN KEJURUTERAAN
Objektif Bengkel
Transfer Kredit: Memudahkan pelajar Politeknik/Kolej Komuniti (JPPKK) untuk memindahkan kredit bagi melanjutkan pengajian Sarjana Muda di universiti-universiti MTUN.
Penyelarasan Kurikulum: Mendapatkan kesepakatan mengenai kandungan dan standard program antara JPPKK dan MTUN.
Memperkukuh Laluan TVET ke Ijazah: Memperkasakan laluan pendidikan TVET ke peringkat ijazah sarjana muda.
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
LALUAN OPTIMUM KE TVET JPPKK-MTUN
RUMUSAN TINDAKAN SUSULAN BENGKEL ARTIKULASI JPPKK-MTUN FASA A DAN B