Program Artikulasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) merupakan satu inisiatif strategik bagi memastikan kelestarian pendidikan dan pembangunan kerjaya pelajar dalam ekosistem TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Artikulasi merujuk kepada laluan penyambungan pengajian yang sistematik dan terancang. Ia membolehkan pelajar dari satu tahap pendidikan iaitu Diploma berpindah ke tahap yang lebih tinggi (Ijazah Sarjana Muda) dengan pengiktirafan terhadap pembelajaran sedia ada.
Pindah kredit boleh dilakukan dalam dua kategori seperti berikut:
Vertical - pemindahan kredit daripada kelayakan peringkat rendah ke kelayakan peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pemindahan kredit daripada program Diploma (Tahap 4 MQF) ke program Sarjana Muda (Tahap 6 MQF).
Horizontal - pemindahan kredit daripada program di tahap kelayakan yang sama.
Sijil (tahap 3, MQF) ke Sijil (tahap 3, MQF)
Diploma (tahap 4, MQF) ke Diploma (tahap 4, MQF)
Sarjana Muda (tahap 6, MQF) ke Sarjana Muda (tahap 6, MQF).
Pindah kredit yang dibuat hendaklah berasaskan pemetaan kursus (subject-to-subject mapping), dan tertakluk kepada syarat-syarat umum pindah kredit seperti berikut:
Gred lulus kursus- gred minimum iaitu gred C;
Nilai kredit - sama dengan nilai kredit kursus di IPT menerima;
Kesetaraan kurikulum kursus - tidak kurang 80%; dan
Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah mendapat Akreditasi (termasuk Akreditasi Sementara) / diiktiraf oleh badan berautoriti di negara berkenaan.
LALUAN AKADEMIK & TVET
Laluan artikulasi graduan TVET telah ditambahbaik melalui Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET yang diperkenalkan pada tahun 2019. Melalui Prinsip Artikulasi TVET, Sistem Jaminan Kualiti Tunggal TVET menambah fleksibiliti laluan pendidikan graduan dalam bidang TVET sehingga ke tahap tertinggi kelayakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), memperkukuh laluan pembelajaran sepanjang hayat, seterusnya memperkukuh reputasi bidang TVET agar setanding dengan akademik. Secara prinsipnya, lepasan TVET layak untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, namun tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Senat setiap Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).
TAKLIMAT ARTIKULASI JPPKK BERSAMA POLYCC
HASIL PEMETAAN MENGIKUT TAHUN
MTUN - UTHM, UTEM, UNIMAP, UMPSA
IPTA - UITM, UMT
IPTS - UCSI, I-CATS, UOW, MMU
IPT LUAR NEGARA - KIWU
Tarikh Kemaskini: 5 Jan 2026
MTUN - UTHM, UTEM, UNIMAP, UMPSA
IPTA - UPSI, USIM, UPM, UPNM
IPTS - UNIKL, UNIMY, IMU, UGM, SEGI
Tarikh Kemaskini: 5 Jan 2026
MTUN - UTHM, UTEM, UNIMAP, UMPSA
IPTA - USIM
IPTS - UNIKL, UNITEN
Tarikh Kemaskini: 5 Jan 2026
KALENDER ARTIKULASI
UNIT PENGKOMPUTERAN, BAHAGIAN KURIKULUM
Ts. Dr. Raudyah binti Md. Tap
Penolong Pengarah • PP
Cik Noramirah Atiqah binti Durahim
Penolong Pengarah • PP
Encik Mohamad Iqbal Hakim bin Che Omar
Penolong Pengarah • PP
Program TVET dengan bukan TVET
Articulation for TVET Student
Meneyelesaikan kadar pengangguran