Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin dengan memberikan perkhidmatan dan aktiviti seperti berikut :
Aktiviti promosi, kursus dan latihan kepada warga kerja HKL, HTA, IPR, pihak konsesi atau pelajar yang menjalani latihan sangkutan di Hospital Kuala Lumpur berkenaan dengan kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Menjalankan pelaporan dan siasatan, pemeriksaan tempat kerja dan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat hospital bagi memastikan tempat kerja sentiasa dalam keadaan selamat bagi pesakit, pelawat dan warga kerja.
Menawarkan perawatan kesihatan pekerjaan kepada warga kerja HKL dan HTA di Klinik Premier. Seperti saringan KOSPEN WOW, Saringan PRA-Penempatan, Suntikan Immunisasi, dan Medical Surveillance.