Karnival Jom Sihat HKL Bersama Komuniti 2025
6 September 2025 | Padang HKL
Terima kasih semua kerana menjadikan Karnival Jom Sihat HKL bersama Komuniti tahun ini begitu meriah & penuh semangat!
Dari qi gong & senamrobik mega, pertandingan sukaneka, tarik tali, pertandingan bento sihat hinggalah ke booth menarik seperti Booth Kesihatan, Literasi Kewangan, Minda Sihat, Pemeriksaan Gigi, Wellness on the Wheel dan banyak lagi—setiap detik bersama anda mencipta memori indah & inspirasi untuk hidup lebih sihat.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada seluruh urusetia & rakan agensi yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Jom teruskan gaya hidup sihat & kekal aktif bersama demi rakyat malaysia sihat sejahtera.
Untuk maklumat lanjut: https://drive.google.com/drive/folders/1ly6m64fkUWAGw8xUjLOAuHi68z81W7FS?usp=drive_link
Pada 24 Februari 2026, Peluncuran Program Nafas Baru Ramadan telah berlangsung dengan meriah di Lobi SCACC, HKL. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan paru-paru dan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Unit OSH HKL telah membuka booth berhenti merokok, menyediakan maklumat, panduan, dan kaunseling kepada pengunjung serta warga kerja yang ingin menghentikan tabiat merokok.
Booth ini juga menawarkan bahan bacaan, interaktif dan sesi pendek motivasi, dengan harapan dapat mendorong perubahan positif terhadap kesihatan pernafasan masyarakat.