MyEnvHeat- Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association
Q: Maksud MyEnvHeat?
A: Malaysian Environmental Health Officer& Assistant Officers Association
Q: Apa plak MyPHIA?
A: Malaysian Professional Health Inspectors Association, penubuhan awal sebelum penjenamaan semula kepada MyEnvHeat kerana perjawatan IK sudah dimahsuhkan dari kamus JPA dan digantikan dengan PKP&PPKP, jadi nama MyPHIA sudah tidak sah lagi untuk digunakan sebagai nama Pertubuhan yang mewakili Jawatan PKP&PPKP
Q: Bila Pertubuhan ini mula diasaskan
A: Sejak 2014
Q: Apa asas yang menjadikan tertubuhnya persatuan ini
A: Pada asalnya adalah kerana sekumpulan pegawai berasakan perlunya kebangkitan dalam membela profesion PKP&PPKP, dan perlunya penyatuan,keseragaman serta perlunya ada satu medium perhubungan komunikasi antara profesion seluruh Malaysia agar semua info-info yang berkaitan profesion dan pembangunan profesion dapat sampai secara sama rata hingga ke akar umbi
Q: Dimana bermulanya tapak penubuhan
A: Kuala Lumpur
Q: MyEnvHeat Ada Visi & Misi?
A:Visi
Menerajui profesionalisme Pegawai & Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Malaysia
Misi
Memperkasakan profession Pegawai & Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran melalui perkembangan kerjaya dan kelestarian perkhidmatan dalam bidang perundangan kesihatan di Malaysia
Q: Ada slogan tak?
A: "PROFESSIONAL, INKLUSIF DAN ASSERTIF"
Q: Adakah pertubuhan ini didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ( JPPM/ROS )
A: Ya
Q: Adakah persatuan ini mempunyai no akaun bank
A: Ya, CIMB Bank
Q: Siapakah yang layak untuk menyertai menjadi ahli persatuan?
A: Terbuka kepada semua PKP&PPKP dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Intitut Pengajian Tinggi Awam & Swasta, Agensi-agensi lain di Semenanjung , Sabah dan Sarawak.
Q: Adakah setiap penyertaan untuk menjadi ahli akan dikenakan Yuran?
A: Ya, Yuran Keahlian RM20 dan Yuran tahunan RM100
Q: Apa keistimewaan setelah menjadi ahli ?
A: Pada masa kini, persatuan masih dalam proses pengukuhan, sokongan dari semua amatlah diperlukan, dan InsyaAllah banyak kelebihan untuk ahli persatuan ini.
Q: Takkan dah daftar ahli, dah bayar ahli tidak dapat apa-apa pulangan
A: Pihak urusetia sedang mengusahakan sesuatu yang istimewa kepada ahli seperti Kad Keahlian, serta cenderahati kepada ahli yang berfaedah
Q: Bagaimanakah cara untuk mendaftar keahlian?
A: Persatuan menggunakan pendekatan alaf baharu, pendaftaran dibuat secara atas talian.
Q: Bagaimana nak daftar ahli secara atas talian ?
A: Boleh menekan pautan https://tinyurl.com/MyEnvHeatJoin
Q: Setelah daftar, apa yang ahli akan dapat?
A: Pihak pengurusan akan memberi maklumbalas kepada setiap ahli yang berdaftar melalui wasap, maklumat seperti no. keahlian juga disertakan
Q: Persatuan ini tidak mempunyai laman sesawang?
A: Dalam proses pembangunan