MyEnvHeat- Malaysian Environmental Health Officers & Assistant Officers Association
"PROFESSIONAL, INKLUSIF DAN ASSERTIF"
Malaysian Health Inspectors Association (MyPHIA)
Malaysian Professional Health Inspectors Association, penubuhan awal sebelum penjenamaan semula kepada MyEnvHeat kerana perjawatan IK sudah dimahsuhkan dari kamus JPA dan digantikan dengan PKP&PPKP, jadi nama MyPHIA sudah tidak sah lagi untuk digunakan sebagai nama Pertubuhan yang mewakili Jawatan PKP&PPKP
Bila Pertubuhan ini mula diasaskan
Sejak 2014
Apa asas yang menjadikan tertubuhnya persatuan ini
Pada asalnya adalah kerana sekumpulan pegawai berasakan perlunya kebangkitan dalam membela profesion PKP&PPKP, dan perlunya penyatuan,keseragaman serta perlunya ada satu medium perhubungan komunikasi antara profesion seluruh Malaysia agar semua info-info yang berkaitan profesion dan pembangunan profesion dapat sampai secara sama rata hingga ke akar umbi. Pertubuhan ni mula bertapak di Kuala Lumpur.
MyEnvHeat juga mempunya Visi & Misi
Visi
Menerajui profesionalisme Pegawai & Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Malaysia
Misi
Memperkasakan profession Pegawai & Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran melalui perkembangan kerjaya dan kelestarian perkhidmatan dalam bidang perundangan kesihatan di Malaysia
Moto Persatuan :
"PROFESSIONAL, INKLUSIF DAN ASSERTIF"